MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

FENOMENA HALO MATAHARI PADA 15 MEI 2024
Halo matahari 15 Mei 2024
Kebanyakan Halo terjadi disebabkan oleh kristal ais dalam awan sirus (cirrus) yang sejuk yang terletak pada ketinggian 5 hingga 10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.
 
Fenomena Halo Matahari ini telah dicerap di Observatori Negara Langkawi pada 15 Mei 2024 jam 1:02 petang apabila bayangan pelangi seakan-akan gegelung cincin dapat dilihat terbentuk di sekeliling Matahari.
 
Fenomena optik ini berlaku disebabkan cahaya Matahari telah dibiaskan dan dipantulkan ketika melalui hablur ais berbentuk heksagon yang terdapat di dalam awan sirus dan menghasilkan suatu lingkaran cahaya yang mengelilingi Matahari. Bahagian dalam lingkaran berwarna merah manakala bahagian luar lingkaran pula berwarna biru atau ungu menurut urutan warna pelangi. Fenomena ini juga dikenali sebagai halo 22 darjah (22-degree halo) disebabkan saiz sudut (angular size) gegelung yang terbentuk adalah sekitar 22 darjah.
Skip to content