MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KALENDAR ASTRONOMI MEI 2024
TM KALENDAR ASTRONOMI MEI 2024
🔸𝟭 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿/𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada 19:27.
.
🔸𝟰 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗞𝗼𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗭𝘂𝗵𝗮𝗹
Bulan dan Zuhal akan kelihatan menghampiri antara satu sama lain di langit dengan jarak sudut tampak Bulan dan Zuhal dari Bumi adalah sejauh 0.9 darjah di langit timur.
.
🔸𝟲 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗛𝘂𝗷𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘁𝗲𝗼𝗿 𝗘𝘁𝗮 𝗔𝗾𝘂𝗮𝗿𝗶𝗱𝘀
Hujan Meteor Eta Aquarids boleh dilihat mulai 15 April sehingga 27 Mei 2024. Kemuncak Hujan Meteor Eta Aquarids dijangka berlaku sebelum subuh pada 6 Mei 2024, dengan purata 50 meteor per jam. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah baik.
.
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗴𝗲𝗲
Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi iaitu pada 363,163 km.
.
🔸𝟴 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗿𝘂
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada 11:21
.
🔸𝟭𝟬 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗨𝘁𝗮𝗿𝗶𝗱 𝗣𝗮𝗱𝗮 𝗘𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗕𝗮𝗿𝗮𝘁
Utarid pada elongasi Paling Barat iaitu 26.4 darjah, Utarid boleh kelihatan di langit timur sebelum Matahari terbit.
.
🔸𝟭𝟱 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Pertama pada 19:48.
.
🔸𝟭𝟴 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗽𝗼𝗴𝗲𝗲
Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi iaitu pada jarak 404,640 km.
.
🔸𝟮𝟯 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵/𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗿𝗻𝗮𝗺𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada 21:53.
.
🔸𝟯𝟭 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿/𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada 01:12.
.
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗸𝗮𝗸𝗶:
• Konjungsi (𝘊𝘰𝘯𝘫𝘶𝘯𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯) merupakan fenomena nyata yang disebabkan oleh perspektif pemerhati dari Bumi iaitu dua objek cakerawala dilihat berdekatan jika dilihat dari Bumi, namun sebenarnya kedua-duanya adalah berjauhan dari satu sama lain di angkasa.
• Jarak sudut ialah ukuran jarak antara objek cakerawala berdasarkan sudut dengan titik pemerhatian di Bumi. Jarak ini dinyatakan dalam bentuk darjah (°), minit arka (‘), dan minitsaat arka (“).
• Penghijaban (Occultation) ialah lenyapnya cahaya sesuatu objek cakerawala kerana dilindungi oleh objek cakerawala lain yang lebih besar berbanding objek yang dilindungi, contohnya semasa gerhana bulan atau penghijaban planet oleh Bulan.
• Waktu kejadian sebenar mungkin akan berbeza dengan waktu simulasi.
Skip to content