MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

FENOMENA HUJAN METEOR LYRIDS 2024
TM Hujan Meteor Lyrids 2024
TM A Hujan Meteor Lyrids 2024
TM B Hujan Meteor Lyrids 2024
Hujan Meteor Lyrids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Lyra. Walau bagaimanapun, kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah. Fenomena ini berlaku pada setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari dan merentasi laluan orbit Komet C/1861 G1 atau lebih dikenali sebagai Komet Thatcher.
.
Komet Thatcher dianggarkan mengambil masa selama 415 tahun untuk melengkapkan orbitnya. Kali terakhir ia mencapai jarak yang paling dekat dengan Matahari adalah pada tahun 1861 dan dijangka dapat dilihat dari Bumi semula pada tahun 2276. Semasa komet tersebut mengorbit menghampiri Matahari, debu-debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet tersebut. Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang.
.
𝗧𝗶𝗽𝘀 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗿𝗮𝗽 𝗛𝘂𝗷𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘁𝗲𝗼𝗿 𝗟𝘆𝗿𝗶𝗱𝘀:
▪ Pastikan pencerapan dilakukan di kawasan yang lapang dan tiada halangan seperti bangunan tinggi, pokok atau rumah.
▪ Cuba dapatkan permandangan langit yang luas.
▪ Jauhi persekitaran yang bercahaya. Kawasan lebih gelap adalah yang terbaik.
▪ Sesuaikan mata dengan tahap kegelapan selama 15 – 20 minit.
▪ Tidak perlu fokus ke arah buruj Lyra sahaja untuk melihat hujan meteor ini. Ia boleh muncul dari pelbagai arah dan pada bila-bila masa.
.
𝗡𝗢𝗧𝗔 𝗞𝗔𝗞𝗜
▪ Meteor – (atau dikenali juga sebagai tahi bintang) Jaluran cahaya terang yang kelihatan di langit malam dengan kelajuan yang pantas dan secara tiba-tiba. Ia disebabkan oleh habuk dan batu-batu kecil yang terbakar apabila ia memasuki atmosfera Bumi dalam kelajuan yang sangat tinggi.
▪ Hujan Meteor – Fenomena astronomi sewaktu langit malam apabila beberapa meteor diperhatikan terpancar atau datang dari satu titik di langit malam.
▪ Lyra – Buruj kecil atau sekumpulan bintang yang kedudukannya berlambangkan alat muzik bertali berbentuk seperti harp. Lyra dikelilingi oleh buruj Draco, Hercules, Vulpecula dan Cygnus.
▪ Komet – Jasad cakerawala yang beredar mengelilingi Matahari dan meninggalkan kesan ekor yang bercahaya.
▪ Pemejalwapan – Perubahan fasa pepejal kepada fasa wap tanpa melalui fasa cecair. Wap berubah semula kepada pepejal apabila terkondensasi pada permukaan sejuk.
Skip to content