MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

FENOMENA GERHANA MATAHARI PENUH PADA 8 APRIL 2024
TM Gerhana Matahari Penuh 8 April 2024
TM A Gerhana Matahari Penuh 8 April 2024
TM B Gerhana Matahari Penuh 8 April 2024
TM C Gerhana Matahari Penuh 8 April 2024
Fenomena Gerhana Matahari Penuh pada 8 April 2024 ini berlaku 1 hari selepas Bulan berada pada kedudukan perigee, iaitu kedudukan Bulan terdekat dari Bumi di dalam orbit Bulan mengelilingi Bumi dengan jarak 358,850 km. Magnitud Gerhana Matahari Penuh kali ini adalah 1.0566.
.
Fenomena Gerhana Matahari Penuh ini dapat disaksikan di Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada. Laluan Gerhana Matahari Penuh (lintasan bayang umbra Bulan) dengan kelebaran 142 hingga 202 kilometer ini akan bermula di Lautan Pasifik Selatan, melintasi Mexico Utara, 15 negeri di Amerika Syarikat (Texas, Oklahoma, Arkansas, Missouri, Tennessee, Kentucky, Illinois, Indiana, Ohio, Michigan, Pennsylvania, New York, Vermont, New Hampshire, dan Maine) dan kemudian melintasi 6 wilayah Kanada iaitu Ontario, Quebec, New Brunswick, Pulau Prince Edward, Nova Scotia, dan Newfoundland sebelum berakhir di Lautan Atlantik. Tempoh gerhana maksimum yang paling lama iaitu selama 4 minit 28 saat akan dapat disaksikan di Torreon, Mexico.
.
Gerhana Matahari Separa pula akan kelihatan dalam lingkungan bayang penumbra Bulan yang lebih luas dan dapat disaksikan di seluruh Amerika Utara dan Amerika Tengah.
.
Fenomena Gerhana Matahari Penuh pada 8 April 2024 ini akan bermula jam 23:42:15 dan berakhir pada 9 April 2024 jam 04:52:19 waktu Malaysia. Fenomena ini 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗸𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 kerana laluan bayang-bayang umbra dan penumbra Bulan tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia pada waktu tersebut.
.
Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan panduan waktu tersebut sekiranya ingin menyaksikan fenomena gerhana ini melalui pelbagai medium atas talian yang akan dipaparkan secara langsung. Antaranya ialah https://science.nasa.gov/…/future…/eclipse-2024/live/,https://www.space.com/watch-total-solar-eclipse-april-8… dan https://www.exploratorium.edu/eclipse/livestream.
.
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗞𝗮𝗸𝗶:
• Umbra adalah bahagian bayang yang sangat gelap (bayang Bumi atau Bulan).
• Penumbra adalah bahagian bayang luaran separa gelap (bayang Bumi atau Bulan).
• Magnitud gerhana (Eclipse magnitude) adalah pecahan diameter sudut (angular diameter) Matahari yang diliputi oleh Bulan. Dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50).
Skip to content