MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

FENOMENA GERHANA BULAN PENUMBRA PADA 25 MAC 2024
Fenomena Gerhana Bulan Penumbra pada 25 Mac 2024
TM A Fenomena Gerhana Bulan Penumbra pada 25 Mac 2024
TM B Fenomena Gerhana Bulan Penumbra pada 25 Mac 2024
TM Fenomena Gerhana Bulan Penumbra pada 25 Mac 2024
Gerhana Bulan hanya boleh berlaku ketika fasa Bulan Penuh, dan hanya jika Bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang Bumi yang terdiri daripada umbra dan penumbra. Gerhana Bulan Penumbra berlaku apabila cakera Bulan hanya melalui bayang penumbra Bumi sahaja. Fenomena tersebut sukar diperhatikan dengan jelas berbanding dengan Gerhana Bulan Separa dan Gerhana Bulan Penuh kerana keseluruhan cakera Bulan akan kekal bercahaya walaupun hanya sedikit malap dari kecerahan biasa.
.
Fenomena Gerhana Bulan Penumbra pada 25 Mac 2024 akan berlaku 1.6 hari selepas Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee) iaitu pada jarak 406,294 km. Gerhana Bulan Penumbra ini merupakan deep penumbral eclipse dengan magnitud penumbra pada kali ini ialah 0.9577 dan nilai Gamma adalah 1.0610 dengan tempoh gerhana penumbra adalah selama 279.9 minit. Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di Amerika Utara dan Amerika Selatan dan Lautan Pasifik. Fenomena tersebut tidak dapat dilihat di bahagian timur Eropah dan Afrika, kebanyakan Asia dan bahagian barat Australia.
.
Di Malaysia, fenomena Gerhana Bulan Penumbra ini berlaku mulai jam 12:53 tengah hari. Gerhana maksimum, iaitu 95.77% daripada Bulan akan melintasi bayang penumbra Bumi pula berlaku pada jam 03:12 petang dan berakhir pada jam 05:33 petang apabila Bulan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra Bumi. Oleh itu, masyarakat di Malaysia π—§π—œπ——π—”π—ž 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 π— π—˜π—‘π—¬π—”π—žπ—¦π—œπ—žπ—”π—‘ fenomena tersebut kerana Bulan berada di bawah ufuk ketika fenomena tersebut berlaku.
Skip to content