๐ ๐๐๐ง๐ฎ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐![]()
๐๐ฎ๐ฅ๐๐ง ๐ฉ๐๐๐ ๐๐ฉ๐จ๐ ๐๐
Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi iaitu pada jarak 404,909 km
ย ๐ ๐๐๐ง๐ฎ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐![]()
๐๐ฎ๐ฆ๐ข ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ฎ๐๐ฎ๐ค๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข๐ก๐๐ฅ๐ข๐จ๐ง
Bumi berada pada jarak yang paling dekat dengan Matahari, iaitu sejauh 147,100,632 km.
ย ๐ ๐๐๐ง๐ฎ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐![]()
๐๐ฎ๐ฅ๐๐ง ๐๐ฎ๐ค๐ฎ ๐๐ค๐ก๐ข๐ซ/๐๐๐ญ๐ข๐ ๐
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada 11:30.
ย ๐ ๐๐๐ง๐ฎ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐![]()
๐๐ฎ๐ฃ๐๐ง ๐๐๐ญ๐๐จ๐ซ ๐๐ฎ๐๐๐ซ๐๐ง๐ญ๐ข๐๐ฌ
Fenomena Hujan Meteor Quadrantids mula aktif dan boleh dilihat pada 26 Disember 2023 hingga 16 Januari 2024. Kemuncak fenomena ini akan dapat disaksikan pada awal pagi 5 Januari 2024 dengan purata 100 meteor setiap jam. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah kurang baik kerana terdapat gangguan Bulan suku akhir semasa kemuncak berlaku.
ย ๐๐ ๐๐๐ง๐ฎ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐![]()
๐๐ฎ๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada jam 19:57.
ย ๐๐ ๐๐๐ง๐ฎ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐![]()
๐๐ญ๐๐ซ๐ข๐ ๐๐๐๐ ๐๐ฅ๐จ๐ง๐ ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ฅ๐ข๐ง๐ ๐๐๐ซ๐๐ญ
Utarid berada di posisi elongasi paling barat iaitu 23.5 darjah dari Matahari. Utarid boleh kelihatan di langit timur sebelum Matahari terbit.
ย ๐๐ ๐๐๐ง๐ฎ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐![]()
๐๐ฎ๐ฅ๐๐ง ๐ฉ๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ข๐ ๐๐
Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi, iaitu pada jarak 362,267 km.
ย ๐๐ ๐๐๐ง๐ฎ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐![]()
๐๐ฎ๐ฅ๐๐ง ๐๐ฎ๐ค๐ฎ ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ฆ๐
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Pertama pada jam 11:52.
ย ๐๐ ๐๐๐ง๐ฎ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐![]()
๐๐จ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐ฌ๐ข ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ฅ๐๐ข๐๐๐๐ฌ
Bulan dan Pleiades akan kelihatan menghampiri antara satu sama lain di langit dengan jarak sudut tampak Bulan dan Pleiades dari Bumi adalah sejauh 0.9 darjah di langit.
ย ๐๐ ๐๐๐ง๐ฎ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐![]()
๐๐ฎ๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ง๐ฎ๐ก/ ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ง ๐๐ฎ๐ซ๐ง๐๐ฆ๐
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada jam 01:54.
ย ๐๐ ๐๐๐ง๐ฎ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐![]()
๐๐จ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐ฌ๐ข ๐๐ญ๐๐ซ๐ข๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข๐ค๐ก
Utarid dan Marikh akan kelihatan menghampiri antara satu sama lain di langit dengan jarak sudut tampak Utarid dan Marikh dari Bumi adalah sejauh 0.2 darjah di langit timur.
ย ๐๐ ๐๐๐ง๐ฎ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐![]()
๐๐ฎ๐ฅ๐๐ง ๐ฉ๐๐๐ ๐๐ฉ๐จ๐ ๐๐
Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi iaitu pada jarak 405,777 km.
.
๐ก๐ผ๐๐ฎ ๐ธ๐ฎ๐ธ๐ถ:
– ๐๐จ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐ฌ๐ข (๐๐ฐ๐ฏ๐ซ๐ถ๐ฏ๐ค๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ) merupakan fenomena nyata yang disebabkan oleh perspektif pemerhati dari Bumi iaitu dua objek cakerawala dilihat berdekatan jika dilihat dari Bumi, namun sebenarnya kedua-duanya adalah berjauhan dari satu sama lain di angkasa.
– ๐๐๐ซ๐๐ค ๐ฌ๐ฎ๐๐ฎ๐ญ ialah ukuran jarak antara objek cakerawala berdasarkan sudut dengan titik pemerhatian di Bumi. Jarak ini dinyatakan dalam bentuk darjah (ยฐ), minit arka (‘), dan minitsaat arka (“).
– Waktu kejadian sebenar mungkin akan berbeza dengan waktu simulasi.
.
๐๐ฎ๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐ค๐๐ง:
Perisian The SkyX Professional Edition
Perisian Stellarium
https://eclipse.gsfc.nasa.gov/SKYCAL/SKYCAL.html
http://www.seasky.org/astronomy/astronomy-calendar-2024.html
https://in-the-sky.org/article.php?term=conjunction…
http://astropixels.com/alm…/almanac21/almanac2024aest.html
https://in-the-sky.org/newscalyear.php?year=2024…
https://www.fourmilab.ch/images/3planets/elongation.html
https://iota-es.de/moon/moon_occ_plan.html
https://www.timeanddate.com/astro…/meteor-shower/list.html
https://eco.mtk.nao.ac.jp/…/koyomi/cande/phenomena_en.cgi
https://www.amsmeteors.org/meteor…/meteor-shower-calendar/
.
#MYSAย #MOSTIย #KalendarAstronomi2024ย