Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri tetapi memantulkan cahaya Matahari ke mata kita. Seperti Bumi, Bulan juga berputar pada paksinya dan pada masa yang sama, ia beredar mengikut orbitnya mengelilingi Bumi. Semasa Bulan mengorbit Bumi, kedudukan Bulan berubah-ubah dari masa ke masa. Oleh itu, luas permukaan Bulan yang disinari cahaya yang menghadap ke Bumi adalah berbeza-beza pada setiap masa. Bentuknya juga akan berubah-ubah sepanjang peralihan fasa bulan baru ke fasa bulan penuh dan kembali semula ke fasa bulan baru.
Bulan hanya kelihatan pada siang hari disebabkan oleh dua faktor, iaitu cahaya Bulan yang cukup terang sehingga dapat menembusi cahaya kebiruan langit dan Bulan mesti berada pada kedudukan yang cukup tinggi di langit untuk kelihatan.