MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Kalendar Astronomi Mac 2023
Kalendar Astronomi Mac 2023

🅺🅰🅻🅴🅽🅳🅰🆁 🅰🆂🆃🆁🅾🅽🅾🅼🅸 🅼🅰🅲 2023

🔸 𝟮 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗞𝗼𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗭𝘂𝗵𝗿𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝘂𝘀𝘆𝘁𝗮𝗿𝗶
Zuhrah dan Musytari akan kelihatan menghampiri antara satu sama lain di langit dengan jarak sudut kelihatan Zuhrah dan Musytari dari Bumi adalah sejauh 0.5 darjah (32 arka minit) di langit barat.

🔸𝟰 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗽𝗼𝗴𝗲𝗲
Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi iaitu pada jarak 405,889 km.

🔸 𝟳 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
Bulan Penuh/Bulan Purnama
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada 20:40.

🔸 𝟭𝟱 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿/𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada 10:08.

🔸 𝟭𝟵 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗴𝗲𝗲
Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi iaitu pada jarak 362,696 km.

🔸 𝟮𝟭 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗘𝗾𝘂𝗶𝗻𝗼𝗸𝘀 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗰
Matahari berada di atas garisan Khatulistiwa dan akan terbit tepat di timur dan terbenam tepat di barat. Di Hemisfera Utara, ekuinoks pada bulan Mac dikenali sebagai ekuinoks musim bunga manakala di Hemisfera Selatan ia dikenali sebagai ekuinoks musim luruh.

🔸 𝟮𝟮 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗿𝘂
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada 01:23.

🔸 𝟮𝟰 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗞𝗼𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗭𝘂𝗵𝗿𝗮𝗵
Bulan dan Zuhrah akan kelihatan menghampiri antara satu sama lain di langit dengan jarak sudut kelihatan Bulan dan Zuhrah dari Bumi adalah sejauh 0.03 darjah (2 arka minit) di langit barat.

🔸 𝟮𝟵 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Pertama pada 10:32.

🔸 𝟯𝟭 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗽𝗼𝗴𝗲𝗲
Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi iaitu pada jarak 404,919 km.

.
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗸𝗮𝗸𝗶:
Waktu kejadian sebenar mungkin akan berbeza dengan waktu simulasi.

.
Sumber Rujukan:
✅Perisian The SkyX Professional Edition
✅Perisian Stellarium
✅http://astropixels.com/alm…/almanac21/almanac2023awst.html
✅http://www.seasky.org/astronomy/astronomy-calendar-2023.html
✅https://in-the-sky.org/newscalyear.php?year=2023&maxdiff=7
✅https://www.fourmilab.ch/earthview/pacalc.html
✅https://www.fourmilab.ch/images/3planets/elongation.html
✅http://www.lunar-occultations.com/iota/planets/planets.htm
✅https://www.timeanddate.com/astro…/meteor-shower/list.html
✅https://www.skyatnightmagazine.com/…/astronomy-guide…/
.
#MYSA #MOSTI #KalendarAstronomi2023 

 
Skip to content