Fenomena Hujan Meteor Geminids berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit asteroid 3200 Phaethon. Asteroid 3200 Phaethon ini pada asalnya diberi nama 1983 TB dan nombor 1983 itu merujuk kepada tahun ia ditemui oleh Simon Green dan John Davis melalui imej yang berjaya dirakam oleh Infrared Astronomical Satellite (IRAS) pada 11 Oktober 1983; manakala nama 3200 Phaethon pula diberikan kepada asteroid tersebut pada tahun 1985.
.
Asteroid ini mempunyai kelebaran 6km dan mengambil masa kira-kira 1.4 tahun untuk mengorbit Matahari. Jarak terdekatnya dengan Matahari adalah kira-kira 21 juta kilometer, iaitu satu pertiga daripada jarak purata antara Utarid dengan Matahari. Ketika asteroid ini mendekati Matahari, keretakan terma (thermal fracturing) akan berlaku. Ia akan mengakibatkan serpihan 3200 Phaethon bertebaran di dalam orbitnya dan sebahagian serpihan tersebut akan masuk ke atmosfera Bumi pada kelajuan kira-kira 130,000km per jam dan seterusnya mengewap sebagai meteor Geminids yang berwarna-warni.
.
๐ง๐ถ๐ฝ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฎ ๐ด๐๐ป๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ป๐๐๐ธ ๐บ๐ฒ๐ป๐ฐ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ฝ ๐๐๐ท๐ฎ๐ป ๐ ๐ฒ๐๐ฒ๐ผ๐ฟ ๐๐ฒ๐บ๐ถ๐ป๐ถ๐ฑ๐:
Pastikan anda berada di kawasan lapang yang selamat serta keadaan persekitaran dan langit yang gelap (tiada gangguan cahaya).
Pandangan anda juga tidak terhalang dengan bangunan yang tinggi, pokok atau rumah.
Jauhi persekitaran yang bercahaya. Lebih gelap, lebih baik.
Sesuaikan mata anda dengan keadaan yang gelap selama 20 minit.
Tidak perlu memfokuskan ke arah buruj Gemini sahaja untuk melihat hujan meteor ini kerana ia boleh muncul dari pelbagai arah dan pada bila-bila masa.
.
๐ก๐ผ๐๐ฎ ๐ธ๐ฎ๐ธ๐ถ:
ย Gemini ialah kumpulan bintang yang kedudukannya berlambangkan budak kembar.
ย Utarid ialah planet yang paling dekat dengan Matahari di dalam Sistem Suria. Jarak purata Utarid dengan Matahari adalah 58 juta kilometer.
ย Asteroid merupakan satu daripada ribuan jasad kecil cakerawala yang mengelilingi Matahari, terยญutamaยญnya di antara orbit Marikh dan Musytari.
.
๐ฆ๐๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฅ๐๐ท๐๐ธ๐ฎ๐ป:
ย https://earthsky.org/…/everything-you-need-to-know…/
ย https://www.timeanddate.com/…/meteor-shower/geminids.html
ย https://in-the-sky.org/news.php?id=20231214_10_100
ย https://www.rmg.co.uk/…/geminid-meteor-shower-uk-dates…
ย https://www.amsmeteors.org/meteor…/meteor-shower-calendar/
ย https://www.space.com/34921-geminid-meteor-shower-guide.html
.
#MYSAย #MOSTIย #ONL
#merakyatkansainsย #menginsankanteknologiย #mengarusperdanakaninovasi