MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KEMUNCAK FENOMENA HUJAN METEOR LEONIDS PADA 18 & 19 NOVEMBER 2023
meteor leonids
Hujan Meteor Leonids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor ini di langit iaitu di kawasan buruj Leo. Walau bagaimanapun kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah. Fenomena ini berlaku setiap tahun apabila Bumi yang beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit Komet 55P/Tempel-Tuttle atau dikenali sebagai Komet Tempel-Tuttle.
.
Hujan Meteor Leonids adalah unik kerana terdapat kemungkinan ribut meteor akan berlaku setiap 33 atau 34 tahun apabila ratusan hingga ribuan meteor per jam dapat dilihat, bergantung kepada lokasi pemerhati. Ribut meteor Leonids yang terakhir berlaku pada tahun 2001 dan dijangka akan muncul kembali pada tahun 2035.
.
Komet Tempel-Tuttle pula dianggarkan mengambil masa selama 33 tahun untuk melengkapkan orbitnya. Semasa komet tersebut mengorbit menghampiri Matahari, debu-debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet tersebut. Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang.
.
Tips yang boleh anda gunakan untuk mencerap Hujan Meteor Leonids:
✅Pastikan anda berada di kawasan lapang yang selamat serta keadaan persekitaran dan langit yang gelap (tiada gangguan cahaya).
✅Pandangan anda juga tidak terhalang dengan bangunan yang tinggi, pokok atau rumah.
✅Jauhi persekitaran yang bercahaya. Lebih gelap, lebih baik.
✅Sesuaikan mata anda dengan keadaan yang gelap selama 20 minit.
✅Tidak perlu memfokuskan ke arah buruj Leo sahaja untuk melihat hujan meteor ini kerana ia boleh muncul dari pelbagai arah dan pada bila-bila masa.
.
Nota kaki:
▪Leo ialah suatu kumpulan bintang yang kedudukannya kelihatan seperti seekor singa.
▪Ribut meteor mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 meteor sejam
▪Komet merupakan gabungan antara batuan, debu dan ais serta debunya boleh berserakan apabila komet tersebut meruap ketika mengorbit mendekati Matahari.
Skip to content