MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

FENOMENA HUJAN METEOR TAURIDS
Hujan Meteor Taurids 2023

Hujan Meteor Taurids berasal dari dua aliran komet yang dikenali sebagai Hujan Meteor Taurids Selatan dan Taurids Utara. Hujan Meteor Taurids boleh dilihat di semua tempat di Bumi kecuali Kutub Selatan. Kedua-dua hujan meteor tersebut menghasilkan meteor yang sela masanya jarang, bergerak dengan perlahan berbanding hujan meteor lain dengan kelajuan 104,000km per jam dan meteornya bertahan lama.

.
Hujan Meteor Taurids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Taurus, tetapi kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah. Hujan Meteor Taurids berlaku setiap tahun apabila Bumi yang beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit Komet 2P/Encke manakala Hujan Meteor Taurids Utara berkemungkinan disebabkan oleh asteroid 2004 ๐‘‡๐บ_10.

.
Komet 2P/Encke merupakan komet kecil dengan diameter nukleusnya adalah 4.8km. Komet tersebut dianggarkan mengambil masa selama 3.3 tahun untuk melengkapkan orbitnya mengelilingi Matahari. Semasa komet tersebut menghampiri Matahari, debu-debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akhirnya akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet tersebut. Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang.

.
Asteroid 2004 ๐‘‡๐บ_10 pula dikatakan pernah menjadi sebahagian daripada Komet 2P/Encke sekitar 20,000 tahun dulu disebabkan ia mempunyai orbit yang sama dengan komet tersebut. Namun begitu, objek sebenar yang menyebabkan Hujan Meteor Taurids Selatan tidak dapat dipastikan kerana terdapat beberapa calon asteroid lain yang boleh menjadi sumber meteor bagi fenomena ini.

.
๐—ง๐—ถ๐—ฝ๐˜€ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ ๐—›๐˜‚๐—ท๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ผ๐—ฟ ๐—ง๐—ฎ๐˜‚๐—ฟ๐—ถ๐—ฑ๐˜€:
โœ…Pastikan anda berada di kawasan lapang yang selamat serta keadaan persekitaran dan langit yang gelap (tiada gangguan cahaya).
โœ…Pandangan anda juga tidak terhalang dengan bangunan yang tinggi, pokok atau rumah.
โœ…Jauhi persekitaran yang bercahaya. Lebih gelap, lebih baik.
Sesuaikan mata anda dengan keadaan yang gelap selama 20 minit.
โœ…Tidak perlu memfokuskan ke arah buruj Taurus sahaja untuk melihat hujan meteor ini kerana ia boleh muncul dari pelbagai arah dan pada bila-bila masa.

.
๐—ก๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ:
*Komet merupakan pepejal gabungan antara batuan, debu dan ais dan debunya boleh berserakan apabila mengorbit mendekati Matahari.
*Taurus ialah sekumpulan bintang yang kedudukannya membentuk imej seperti lembu jantan.

.
๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐—ฅ๐—จ๐—๐—จ๐—ž๐—”๐—ก
โ–ชhttps://www.space.com/taurid-meteor-shower
โ–ชhttps://earthsky.org/…/taurid-meteors-all-you-need-to…/
โ–ชhttps://www.sciencefocus.com/…/taurids-meteor-shower…
โ–ชhttps://theskylive.com/meteorshower-southerntaurids#keyinfo
โ–ชhttps://www.amsmeteors.org/meteor…/meteor-shower-calendar/

.
#MYSAย #MOSTIย #ONL
#merakyatkansainsย #menginsankanteknologiย #mengarusperdanakaninovasi

Skip to content