๐ฏ ๐ก๐ผ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฏ
๐ข๐ฝ๐ผ๐๐ถ๐๐ถ ๐ ๐๐๐๐๐ฎ๐ฟ๐ถ
Planet Musytari akan berada pada kedudukan oposisi, iaitu kedudukan bertentangan dengan Matahari merujuk kepada Bumi. Semasa oposisi, Musytari akan disinari sepenuhnya oleh Matahari dan boleh dilihat dengan lebih terang berbanding ketika ia berada pada kedudukan lain. Planet Musytari akan kelihatan di langit malam sepanjang Oktober 2023 hingga Mac 2024.
.
๐ฐ – ๐ฑ ๐ก๐ผ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฏ
๐๐๐ท๐ฎ๐ป ๐ ๐ฒ๐๐ฒ๐ผ๐ฟ ๐ฆ๐ผ๐๐๐ต๐ฒ๐ฟ๐ป ๐ง๐ฎ๐๐ฟ๐ถ๐ฑ๐
Hujan Meteor Southern Taurids boleh dilihat mulai 28 September hingga 2 Disember setiap tahun. Kemuncak Hujan Meteor Southern Taurids dijangka berlaku pada malam 4 November 2023 hingga awal pagi 5 November 2023 dengan purata 5 ke 10 meteor per jam. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah kurang bagus kerana terdapat gangguan Bulan Suku Akhir semasa kemuncak berlaku.
.
๐ฑ ๐ก๐ผ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฏ
๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฆ๐๐ธ๐ ๐๐ธ๐ต๐ถ๐ฟ/๐๐ฒ๐๐ถ๐ด๐ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada 16:38.
.
๐ณ ๐ก๐ผ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฏ
๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ฝ๐ผ๐ด๐ฒ๐ฒ
Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi iaitu pada 404,568 km.
.
๐ญ๐ฏ ๐ก๐ผ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฏ
๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฟ๐
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada 17:29.
.
๐ญ๐ฐ ๐ก๐ผ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฏ
๐ข๐ฝ๐ผ๐๐ถ๐๐ถ ๐จ๐ฟ๐ฎ๐ป๐๐
Planet Uranus akan berada pada kedudukan oposisi, iaitu kedudukan bertentangan dengan Matahari merujuk kepada Bumi. Semasa oposisi, Uranus akan disinari sepenuhnya oleh Matahari dan boleh dilihat dengan lebih terang berbanding ketika ia berada pada kedudukan lain. Planet Uranus akan kelihatan di langit malam sepanjang Oktober 2023 hingga Mac 2024.
.
๐ญ๐ด โ ๐ญ๐ต ๐ก๐ผ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฏ
๐๐๐ท๐ฎ๐ป ๐ ๐ฒ๐๐ฒ๐ผ๐ฟ ๐๐ฒ๐ผ๐ป๐ถ๐ฑ๐
Hujan Meteor Leonids boleh dilihat mulai 6 November hingga 30 November setiap tahun. Kemuncak Hujan Meteor Geminids dijangka berlaku pada malam 18 November hingga awal pagi 19 November dengan purata 10 meteor per jam. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah kurang bagus kerana hanya terdapat gangguan Bulan Suku Pertama semasa kemuncak berlaku.
.
๐ฎ๐ฌ ๐ก๐ผ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฏ
๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฆ๐๐ธ๐ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Pertama pada 18:51.
.
๐ฎ๐ฎ ๐ก๐ผ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฏ
๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ด๐ฒ๐ฒ
Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi iaitu pada jarak 369,823 km.
.
๐ฎ๐ณ ๐ก๐ผ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฏ
๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ต/๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฃ๐๐ฟ๐ป๐ฎ๐บ๐ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada 17:16.