MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

ISTIQBAL MUSYTARI PADA 3 NOVEMBER 2023
ISTIQBAL MUSYTARI PADA 3 NOVEMBER 2023
ISTIQBAL MUSYTARI PADA 3 NOVEMBER 2023
ISTIQBAL MUSYTARI PADA 3 NOVEMBER 2023
Semasa “opposition”, Musytari yang menghadap Bumi akan disinari sepenuhnya oleh Matahari dan boleh dilihat dengan lebih terang berbanding ketika ia berada pada kedudukan lain. Ia juga akan kelihatan sepanjang malam di buruj Aries pada jarak sekitar 4.97 AU dari Matahari dan hampir 3.98 AU dari Bumi. Diameter ketara Musytari sebanyak 49 saat arka dan magnitud ketara (kecerahan) Musytari dijangka sekitar -2.9 pada kedudukan “opposition”.
.
Selepas “opposition”, planet Musytari akan kelihatan di langit malam di ufuk timur pada waktu maghrib dan kenampakannya semakin menghala ke arah barat sehingga hujung Mac 2024. Sekiranya cuaca mengizinkan, anda boleh memerhatikan planet Musytari menggunakan mata kasar sahaja dengan menghadap ke ufuk timur yang bebas daripada sebarang halangan. Musytari akan kelihatan sebagai titik yang terang dan tidak berkelip. Sekiranya anda ingin memerhatikan permukaan Musytari dengan ciri luaran yang menonjol iaitu the Great Red Spot serta 4 bulan utamanya, iaitu Io, Europa, Ganymede dan Callisto yang dikenali sebagai Galilean Moons, penggunaan binokular dan teleskop adalah digalakkan. Orang ramai juga boleh menggunakan aplikasi astronomi seperti TheSky, SkySafari, Stellarium, Sky Tonight dan lain-lain untuk menyemak waktu Musytari terbit dan terbenam di lokasi masing-masing dan mendapatkan anggaran waktu kenampakan planet tersebut.
.
Planet Musytari akan mengalami “opposition” dalam tempoh setiap 13 bulan. Kali terakhir ianya berada di posisi ini ialah pada 27 September 2022 dan seterusnya pada 8 Disember 2024.
.
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗸𝗮𝗸𝗶:
▪Aries ialah buruj zodiak yang berlambangkan biri-biri jantan.
▪Unit astronomi (Astronomical Unit) disingkatkan sebagai AU, adalah jarak purata antara Matahari dan Bumi. 1AU bersamaan dengan 1.5 x108 km
▪Diameter ketara ialah diameter sudut jasad samawi dalam sebutan minit dan saat arka.
▪Magnitud ketara ialah kecerahan sesuatu jasad samawi di langit malam.
.
Skip to content