MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

GERHANA BULAN SEPARA PADA 29 OKTOBER 2023
GERHANA BULAN SEPARA 29 OKT 2023
GERHANA BULAN SEPARA 29 OKT 2023
GERHANA BULAN SEPARA 29 OKT 2023
Gerhana Bulan Separa ini bermula dengan fasa penumbra pada jam 02:01:19, diikuti dengan fasa separa apabila Bulan mula memasuki bayang umbra Bumi pada jam 03:34:43, fasa gerhana separa maksimum pada jam 04:14:07 dan fasa separa berakhir pada jam 04:52:52 apabila Bulan keluar sepenuhnya dari umbra Bumi.
.
Gerhana penumbra masih terus berlaku sehingga jam 06:26:35 apabila Bulan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra Bumi. Keseluruhan gerhana mengambil masa 4 jam 25 minit 16 saat dan gerhana separa dalam tempoh 1 jam 18 minit 9 saat. Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di Amerika Timur, Eropah, Afrika, Australia dan Asia termasuk Malaysia.
.
Di Malaysia, fenomena ini berlaku mulai jam 02:01:19 dan berakhir pada jam 06:26:35 waktu tempatan. Justeru, masyarakat di Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena tersebut sekiranya cuaca pada malam tersebut baik. Anda boleh menggunakan aplikasi astronomi seperti TheSky, SkySafari, Stellarium, Sky Tonight dan lain-lain untuk melakukan simulasi sendiri di lokasi masing-masing dan mendapatkan anggaran waktu fenomena tersebut berlaku.
.
Sekiranya cuaca mengizinkan, anda boleh memerhatikan fenomena tersebut dengan menggunakan mata kasar. Penggunaan binokular dan teleskop adalah digalakkan sekiranya anda ingin memerhatikan fenomena tersebut secara terperinci.
.
๐—ก๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ:
โ–ช๐——๐—ถ๐—ฎ๐—บ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐—ธ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ialah diameter sudut jasad samawi dalam sebutan minit dan saat arka.
โ–ช๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—น๐—น๐—ผ๐˜„ ๐—น๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฒ๐—ฐ๐—น๐—ถ๐—ฝ๐˜€๐—ฒ berlaku apabila kurang daripada 10% daripada permukaan Bulan dilitupi oleh bayang Bumi semasa Gerhana Bulan.
โ–ช๐— ๐—ฎ๐—ด๐—ป๐—ถ๐˜๐˜‚๐—ฑ ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฟ๐—ฎ (๐—จ๐—บ๐—ฏ๐—ฟ๐—ฎ๐—น ๐—˜๐—ฐ๐—น๐—ถ๐—ฝ๐˜€๐—ฒ ๐— ๐—ฎ๐—ด๐—ป๐—ถ๐˜๐˜‚๐—ฑ๐—ฒ) ialah pecahan diameter Bulan yang dilitupi oleh bayang umbra Bumi ketika gerhana maksimum. Ia dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50). Magnitud Gerhana Umbra kurang daripada 1.0 untuk gerhana separa, kurang daripada 0.0 untuk gerhana penumbra, dan sama dengan atau lebih besar daripada 1.0 untuk gerhana penuh.
.
๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐—ฅ๐—จ๐—๐—จ๐—ž๐—”๐—ก:
Skip to content