Hujan Meteor Orionids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Orion, tetapi kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah. Fenomena ini berlaku setiap tahun apabila Bumi yang beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit Komet 1P/Halley atau dikenali sebagai Komet Halley.
.
Komet Halley dianggarkan mengambil masa selama 75 hingga 76 tahun untuk melengkapkan orbitnya. Semasa komet tersebut mengorbit menghampiri Matahari, debu-debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akhirnya akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet tersebut. Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang.
Hujan Meteor Orionids terkenal dengan kecerahan (brightness) dan kelajuannya. Meteor tersebut bergerak dengan kelajuan 66km/s ke dalam atmosfera Bumi. Meteor yang bergerak laju ini boleh meninggalkan lintasan bercahaya yang berlangsung selama beberapa saat hingga beberapa minit dan kadangkala boleh menghasilkan bola api yang terang.
.
๐ง๐ถ๐ฝ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฎ ๐ด๐๐ป๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ป๐๐๐ธ ๐บ๐ฒ๐ป๐ฐ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ฝ ๐๐๐ท๐ฎ๐ป ๐ ๐ฒ๐๐ฒ๐ผ๐ฟ ๐ข๐ฟ๐ถ๐ผ๐ป๐ถ๐ฑ๐:
Pastikan anda berada di kawasan lapang yang selamat serta keadaan persekitaran dan langit yang gelap (tiada gangguan cahaya).
Pandangan anda juga tidak terhalang dengan bangunan yang tinggi, pokok atau rumah.
Jauhi persekitaran yang bercahaya. Lebih gelap, lebih baik.
Sesuaikan mata anda dengan keadaan yang gelap selama 20 minit.
Tidak perlu memfokuskan ke arah buruj Orion sahaja untuk melihat hujan meteor ini kerana ia boleh muncul dari pelbagai arah dan pada bila-bila masa.
.
๐ก๐ผ๐๐ฎ ๐ธ๐ฎ๐ธ๐ถ:
Komet merupakan pepejal gabungan antara batuan, debu dan ais dan debunya boleh berserakan apabila mengorbit mendekati Matahari.
Komet 1P/Halley adalah komet jangka pendek yang dapat dilihat dengan mata kasar dari Bumi setiap 75 – 76 tahun dan satu-satunya komet sedemikian yang mungkin dapat muncul dua kali dalam seumur hidup manusia. Halley kali terakhir muncul di bahagian dalaman Sistem Suria pada tahun 1986 dan ia dijangka akan muncul kembali pada tahun 2061.
Orion atau dikenali sebagai Belantik ialah sekumpulan bintang yang kedudukannya membentuk imej seperti pemburu.