Hujan Meteor Draconids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Draco, tetapi kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah. Fenomena ini berlaku setiap tahun apabila Bumi yang beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit Komet 21P/Giacobini-Zinner.
.
Komet 21P/Giacobini-Zinner dianggarkan mengambil masa selama 6.6 tahun untuk melengkapkan orbitnya mengelilingi Matahari. Semasa komet tersebut mengorbit menghampiri Matahari, debu-debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akhirnya akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet tersebut. Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang.
.
Ribut meteor Draconids telah berlaku pada tahun 1933 dan 1946. Ribut meteor berlaku apabila lebih daripada seribu meteor kelihatan ketika kemuncak hujan meteor berlaku. Ribut meteor Draconids hanya boleh berlaku apabila Bumi melintas tepat di dalam orbit Komet 21P/Giacobini-Zinner sejurus selepas komet itu berlalu. Pada tahun 1926, 1952, 1985, 1998, 2011 dan 2018, kenampakan bilangan meteor per jam adalah tinggi tetapi tidak mencapai tahap ribut meteor.
.
๐ง๐ถ๐ฝ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฎ ๐ด๐๐ป๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ป๐๐๐ธ ๐บ๐ฒ๐ป๐ฐ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ฝ ๐๐๐ท๐ฎ๐ป ๐ ๐ฒ๐๐ฒ๐ผ๐ฟ ๐๐ฟ๐ฎ๐ฐ๐ผ๐ป๐ถ๐ฑ๐:
Pastikan anda berada di kawasan lapang yang selamat serta keadaan persekitaran dan langit yang gelap (tiada gangguan cahaya).
Pandangan anda juga tidak terhalang dengan bangunan yang tinggi, pokok atau rumah.
Jauhi persekitaran yang bercahaya. Lebih gelap, lebih baik.
Sesuaikan mata anda dengan keadaan yang gelap selama 20 minit.
Tidak perlu memfokuskan ke arah buruj Draco sahaja untuk melihat hujan meteor ini kerana ia boleh muncul dari pelbagai arah dan pada bila-bila masa.
.
๐ก๐ผ๐๐ฎ ๐ธ๐ฎ๐ธ๐ถ:
Komet merupakan pepejal gabungan antara batuan, debu dan ais dan debunya boleh berserakan apabila mengorbit mendekati Matahari.
Draco ialah sekumpulan bintang yang kedudukannya kelihatan membentuk imej seperti naga.
.
๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ฅ ๐ฅ๐จ๐๐จ๐๐๐ก
https://earthsky.org/astronomy-essentials/everything-you-need-to-know-draconid-meteor-shower/
https://www.timeanddate.com/astronomy/meteor-shower/draconid.html
https://www.space.com/38390-draconid-meteor-shower-guide.html
https://in-the-sky.org/news.php?id=20231009_10_100#google_vignette