MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KALENDAR ASTRONOMI OKTOBER 2023
KALENDAR ASTRONOMI OKTOBER 2023
🔸 𝟲 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿/𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada 21:47.
.
🔸𝟵 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗛𝘂𝗷𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘁𝗲𝗼𝗿 𝗗𝗿𝗮𝗰𝗼𝗻𝗶𝗱𝘀
Hujan Meteor Draconids boleh dilihat mulai 6 hingga 10 Oktober setiap tahun. Kemuncak Hujan Meteor Draconids dijangka berlaku pada malam 9 Oktober 2023 dengan purata 10 meteor per jam. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah bagus kerana tiada gangguan cahaya Bulan semasa kemuncak berlaku.
.
🔸𝟭𝟬 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗽𝗼𝗴𝗲𝗲
Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi iaitu pada 405,426 km.
.
🔸𝟭𝟱 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗿𝘂
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada 01:55.
.
🔸 𝟮𝟮 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Pertama pada 11:29.
.
🔸 𝟮𝟭 – 𝟮𝟮 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗛𝘂𝗷𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘁𝗲𝗼𝗿 𝗢𝗿𝗶𝗼𝗻𝗶𝗱𝘀
Hujan Meteor Orionids boleh dilihat mulai 2 Oktober hingga 7 November setiap tahun. Kemuncak Hujan Meteor Orionids dijangka berlaku pada malam 21 Oktober 2023 hingga awal pagi 22 Oktober 2023 dengan purata 20 meteor per jam. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah bagus kerana tiada gangguan cahaya Bulan semasa kemuncak berlaku.
.
🔸 𝟮𝟰 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗭𝘂𝗵𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗮𝗱𝗮 𝗘𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗕𝗮𝗿𝗮𝘁
Zuhrah pada elongasi paling Barat iaitu pada 46.4 darjah, Zuhrah boleh kelihatan di langit timur sebelum Matahari terbit.
.
🔸 𝟮𝟲 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗴𝗲𝗲
Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi iaitu pada jarak 364,872 km.
.
🔸 𝟮𝟵 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗚𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗽𝗮𝗿𝗮
Gerhana Bulan Separa bermula dengan fasa penumbra pada jam 02:01, diikuti dengan fasa separa apabila Bulan mula memasuki bayang umbra Bumi pada jam 03:34, kemuncak pada jam 04:14 dan fasa separa berakhir pada jam 04:52. Gerhana masih terus berlaku sehingga jam 06:26 apabila Bulan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra Bumi. Gerhana Bulan Separa ini dapat dilihat dari sebahagian timur Amerika Syarikat, Eropah, Afrika, Asia (termasuk Malaysia) dan Australia.
Fasa-fasa Gerhana Bulan Separa:
– Penumbra bermula: 02:01:18.5
– Separa bermula: 03:34:43.3
– Maksimum: 04:14:07.8
– Separa berakhir: 04:52:52.2
– Penumbra berakhir: 06:26:34.9
🔸 𝟮𝟵 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵/𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗿𝗻𝗮𝗺𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada 04:24.
.
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗸𝗮𝗸𝗶:
Waktu kejadian sebenar mungkin akan berbeza dengan waktu simulasi.
Skip to content