MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

BULAN PENUH PERIGEE PADA 2 OGOS 2023
Bulan penuh perigee 2 Ogos
Bulan Penuh Perigee 2 Ogos 2023
Apabila Bulan Penuh atau Bulan Baru berada pada kedudukan perigee (Bulan Penuh/Bulan Baru Perigee), iaitu dalam lingkungan 90% daripada jarak terdekat antara Bumi dengan Bulan pada kitaran orbit tersebut, ia dikenali sebagai “Supermoon, Super Full Moon atau Super New Moon”.
.
Manakala, apabila Bulan Penuh atau Bulan Baru berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (Bulan Penuh/Bulan Baru Apogee), dalam lingkungan 90% daripada jarak paling jauh antara Bumi dengan Bulan pada kitaran orbit tersebut, ia dikenali sebagai “Micromoon, Minimoon, Mini Full Moon atau Mini New Moon”.
.
Semasa Bulan Penuh Perigee berlaku, saiz ketara/diameter ketara Bulan Penuh boleh kelihatan sehingga 7% lebih besar daripada Bulan Penuh biasa dan kelihatan 14% lebih besar dan 30% lebih cerah daripada ‘Micromoon’.
.
Rajah 2 menunjukkan perbandingan saiz ketara Bulan Penuh Perigee dengan jarak di posisi perigee adalah 357,530km pada 2 Ogos 2023, yang kelihatannya ~14% lebih besar daripada Bulan Penuh Apogee dengan jarak di posisi apogee 406,416km pada 5 Februari 2023. Kedua-dua imej ini telah dirakam dengan menggunakan sistem teleskop di Observatori Negara Langkawi.
.
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗞𝗮𝗸𝗶:
▪𝗞𝗲𝗲𝗸𝘀𝗲𝗻𝘁𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝒆𝒄𝒄𝒆𝒏𝒕𝒓𝒊𝒄𝒊𝒕𝒚 adalah ukuran pemanjangan sesebuah elips. Nilai keeksentrikan 0 menunjukkan orbit bulatan sempurna manakala nilai antara 0 dan 1 menunjukkan orbit elips.
▪𝗦𝗮𝗶𝘇 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝑨𝒑𝒑𝒂𝒓𝒆𝒏𝒕 𝑺𝒊𝒛𝒆 adalah saiz sesebuah objek yang kelihatan di langit. Contohnya, Matahari dan Bulan kelihatan seperti mempunyai saiz yang sama walaupun saiz sebenar Matahari adalah sangat besar berbanding Bulan.
Skip to content