Komet C/2022 E3 (ZTF) telah ditemui oleh ahli astronomi pada 2 Mac 2022 dengan menggunakan Sistem teleskop robotik Samuel Oschin yang berdiameter 1.2 meter dengan Wide-field survey camera di Zwicky Transient Facility (ZTF), Balai Cerap Palomar, selatan California. Ketika itu, komet C/2022 E3 berada pada jarak 4.3AU dari Matahari (iaitu bersamaan dengan 643 juta km) atau berada di bahagian dalam orbit planet Musytari dengan magnitud ketara (kecerahan) 17.3
.
Menurut NASA Jet Propulsion Laboratory (JPL), komet C/2022 E3 (ZTF) mempunyai tempoh orbit kira-kira 50,000 tahun. Ini bermakna kali terakhir komet C/2022 E3 (ZTF) menghampiri Bumi adalah semasa zaman Paleolitik.
.
Magnitud ketara (kecerahan) Komet C/2022 E3 (ZTF) dijangka sekitar 8 โ 11 dan sukar dicerap dengan mata kasar. Walau bagaimanapun, masyarakat Malaysia boleh menggunakan teleskop atau binokular untuk mencerap komet C/2022 E3 (ZTF) mulai Januari hingga pertengahan April 2023.
.
Komet C/2022 E3 (ZTF) akan kelihatan di langit timur laut di Malaysia mulai Januari 2023 sebelum subuh dan kenampakannya pada hujung Januari hingga Mac 2023 adalah selepas Matahari terbenam dari arah langit utara dan kenampakannya semakin menghala ke arah langit barat sehingga pertengahan April 2023.
.
๐ก๐ผ๐๐ฎ ๐ธ๐ฎ๐ธ๐ถ:
* Komet ialah jasad cakerawala yang terdiri daripada gumpalan batu, ais dan debu serta campuran gas yang bergerak mengelilingi Matahari dalam Sistem Suria. Ia membeku apabila menjauhi Matahari tetapi akan mengewap membentuk kepala bergas (koma) dan ekor apabila mendekati Matahari.
* Paleolitik ialah peringkat awal Zaman Batu
* Unit astronomi (Astronomical Unit) disingkatkan sebagai AU, adalah jarak purata antara Matahari dan Bumi. 1AU bersamaan dengan 1.5 x10โธ km.
* Perihelion ialah kedudukan dalam orbit apabila sesuatu planet atau komet berada paling hampir dengan Matahari.
* Magnitud ketara ialah kecerahan sesuatu objek di langit malam.