MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KALENDAR ASTRONOMI JULAI 2023
KALENDAR ASTRONOMI JULAI 2023
🔸𝟯 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵/𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗿𝗻𝗮𝗺𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada 19:38.
 
🔸𝟱 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗴𝗲𝗲
Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi iaitu pada 360,149 km.
 
🔸𝟳 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗕𝘂𝗺𝗶 𝗕𝗲𝗿𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗲𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗔𝗽𝗵𝗲𝗹𝗶𝗼𝗻
Bumi berada pada kedudukan paling jauh dengan Matahari, iaitu sejauh 152,093,251 km.
 
🔸𝟭𝟬 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿/𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada 09:47.
 
🔸 𝟭𝟴 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗿𝘂
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada 02:31.
 
🔸 𝟮𝟬 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗽𝗼𝗴𝗲𝗲
Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi iaitu pada jarak 406,289 km.
 
🔸 𝟮𝟲 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Pertama pada 06:06.
 
🔸 𝟮𝟵 – 𝟯𝟬 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗛𝘂𝗷𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘁𝗲𝗼𝗿 𝗗𝗲𝗹𝘁𝗮 𝗔𝗾𝘂𝗮𝗿𝗶𝗶𝗱𝘀
Hujan Meteor Delta Aquarids boleh dilihat mulai 12 Julai sehingga 23 Ogos setiap tahun. Kemuncak Hujan Meteor Delta Aquarids dijangka berlaku pada malam 29 Julai sehingga awal pagi 30 Julai dengan purata 20 meteor per jam. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah kurang bagus kerana terdapat gangguan bulan hampir purnama semasa kemuncak berlaku.
Skip to content