MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

SUPERNOVA SN2023IXF
SUPERNOVA SN2023ixf

Supernova terbaharu, dikenali sebagai SN 2023ixf telah ditemui oleh ahli astronomi Jepun bernama Koichi Itagaki pada 19 Mei 2023. SN 2023ixf yang terletak berdekatan dengan NGC5461 berlaku dalam Galaksi Pinwheel yang juga dikenali sebagai Messier 101.

.
M101 terletak kira-kira 21 juta tahun cahaya dari galaksi kita. Penemuan ini amat luar biasa kerana SN 2023ixf merupakan supernova yang paling hampir yang direkodkan dalam tempoh 5 tahun, supernova kedua terdekat ditemui dalam tempoh 10 tahun dan turut merupakan supernova kedua yang ditemui dalam Galaksi Pinwheel M101 dalam tempoh 15 tahun. Pemerhatian melalui spektrum cahaya telah menunjukkan bahawa SN 2023ixf merupakan supernova Jenis II, iaitu letupan yang berlaku selepas sebuah bintang besar kehabisan bahan api nuklear dan meruntuh.

.
Magnitud ketara (kecerahan) SN 2023ixf ketika ditemui adalah 14.9 dan kecerahannya semakin meningkat (merujuk kepadaย https://www.wis-tns.org/object/2023ixf) sehingga dapat dilihat dengan menggunakan telekop yang berkuasa rendah. Sistem teleskop di Observatori Negara Langkawi berjaya merakam imej supernova SN 2023ixf pada 24 Mei 2023. Masyarakat Malaysia boleh menggunakan teleskop yang bersesuaian untuk mencerap SN 2023ixf pada waktu malam sehingga awal pagi dengan mengenalpasti kedudukan Messier 101 untuk memudahkan pencerapan.

.
๐—ก๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ:
* ๐—ฆ๐˜‚๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ผ๐˜ƒ๐—ฎ ialah bintang yang menjadi sangat terang disebabkan berlakunya ledakan yang menghamburkan jisimnya.
* ๐— ๐—ฎ๐—ด๐—ป๐—ถ๐˜๐˜‚๐—ฑ ๐—ธ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ialah kecerahan sesuatu objek di langit malam.
* ๐—ฆ๐˜‚๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ผ๐˜ƒ๐—ฎ ๐—๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐˜€ ๐—œ๐—œ ialah supernova yang mempunyai banyak hidrogen di dalam spektrum cahayanya. Terhasil daripada kematian bintang yang mempunyai jisim sekurang-kurangnya lapan kali lebih besar daripada jisim Matahari kita. Bintang tersebut boleh melakurkan unsur hidrogen sehingga besi. Terasnya kemudian menjadi panas, meruntuh, dan melantun semula untuk meletup, melepaskan unsur berat ke angkasa. Letupan besar meninggalkan bintang neutron atau lohong hitam (bergantung kepada jisim bintang awal).
* ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—ฐ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ialah jarak atau jauh yang dilalui oleh cahaya dalam satu tahun. 1 tahun cahaya bersamaan dengan 9.46055 x 10^15 meter.

.
๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐—ฅ๐—จ๐—๐—จ๐—ž๐—”๐—ก:
โœ…https://science.nasa.gov/supernova-discovered-nearby…
โœ…https://skyandtelescope.org/…/bright-supernova-blazes…/
โœ…https://www.skyatnightmagazine.com/…/supernova-sn…/
โœ…https://www.wis-tns.org/object/2023ixf
โœ…https://theskylive.com/supernova-2023ixf
โœ…https://www.astronomy.com/…/the-different-types-of…/
โœ…https://www.space.com/6638-supernova.html
โœ…https://phys.org/news/2016-03-kinds-supernovae.html
โœ…https://astronomy.swin.edu.au/cosmos/t/Type+II+Supernova

.
#MYSAย #MOSTIย #ONL
#merakyatkansainsย #menginsankanteknologiย 

ย 
Skip to content