MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

SUPERNOVA SN2023IXF
SUPERNOVA SN2023ixf

Supernova terbaharu, dikenali sebagai SN 2023ixf telah ditemui oleh ahli astronomi Jepun bernama Koichi Itagaki pada 19 Mei 2023. SN 2023ixf yang terletak berdekatan dengan NGC5461 berlaku dalam Galaksi Pinwheel yang juga dikenali sebagai Messier 101.

.
M101 terletak kira-kira 21 juta tahun cahaya dari galaksi kita. Penemuan ini amat luar biasa kerana SN 2023ixf merupakan supernova yang paling hampir yang direkodkan dalam tempoh 5 tahun, supernova kedua terdekat ditemui dalam tempoh 10 tahun dan turut merupakan supernova kedua yang ditemui dalam Galaksi Pinwheel M101 dalam tempoh 15 tahun. Pemerhatian melalui spektrum cahaya telah menunjukkan bahawa SN 2023ixf merupakan supernova Jenis II, iaitu letupan yang berlaku selepas sebuah bintang besar kehabisan bahan api nuklear dan meruntuh.

.
Magnitud ketara (kecerahan) SN 2023ixf ketika ditemui adalah 14.9 dan kecerahannya semakin meningkat (merujuk kepada https://www.wis-tns.org/object/2023ixf) sehingga dapat dilihat dengan menggunakan telekop yang berkuasa rendah. Sistem teleskop di Observatori Negara Langkawi berjaya merakam imej supernova SN 2023ixf pada 24 Mei 2023. Masyarakat Malaysia boleh menggunakan teleskop yang bersesuaian untuk mencerap SN 2023ixf pada waktu malam sehingga awal pagi dengan mengenalpasti kedudukan Messier 101 untuk memudahkan pencerapan.

.
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗸𝗮𝗸𝗶:
* 𝗦𝘂𝗽𝗲𝗿𝗻𝗼𝘃𝗮 ialah bintang yang menjadi sangat terang disebabkan berlakunya ledakan yang menghamburkan jisimnya.
* 𝗠𝗮𝗴𝗻𝗶𝘁𝘂𝗱 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗿𝗮 ialah kecerahan sesuatu objek di langit malam.
* 𝗦𝘂𝗽𝗲𝗿𝗻𝗼𝘃𝗮 𝗝𝗲𝗻𝗶𝘀 𝗜𝗜 ialah supernova yang mempunyai banyak hidrogen di dalam spektrum cahayanya. Terhasil daripada kematian bintang yang mempunyai jisim sekurang-kurangnya lapan kali lebih besar daripada jisim Matahari kita. Bintang tersebut boleh melakurkan unsur hidrogen sehingga besi. Terasnya kemudian menjadi panas, meruntuh, dan melantun semula untuk meletup, melepaskan unsur berat ke angkasa. Letupan besar meninggalkan bintang neutron atau lohong hitam (bergantung kepada jisim bintang awal).
* 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗰𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮 ialah jarak atau jauh yang dilalui oleh cahaya dalam satu tahun. 1 tahun cahaya bersamaan dengan 9.46055 x 10^15 meter.

.
𝗦𝗨𝗠𝗕𝗘𝗥 𝗥𝗨𝗝𝗨𝗞𝗔𝗡:
✅https://science.nasa.gov/supernova-discovered-nearby…
✅https://skyandtelescope.org/…/bright-supernova-blazes…/
✅https://www.skyatnightmagazine.com/…/supernova-sn…/
✅https://www.wis-tns.org/object/2023ixf
✅https://theskylive.com/supernova-2023ixf
✅https://www.astronomy.com/…/the-different-types-of…/
✅https://www.space.com/6638-supernova.html
✅https://phys.org/news/2016-03-kinds-supernovae.html
✅https://astronomy.swin.edu.au/cosmos/t/Type+II+Supernova

.
#MYSA #MOSTI #ONL
#merakyatkansains #menginsankanteknologi 

 
Skip to content