Fenomena Gerhana Bulan Penumbra pada 5 Mei 2023 akan berlaku 5.5 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi (perigee) iaitu pada jarak 404,923 km. Gerhana Bulan Penumbra ini merupakan ๐ฅ๐ฆ๐ฆ๐ฑ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ถ๐ฎ๐ฃ๐ณ๐ข๐ญ ๐ฆ๐ค๐ญ๐ช๐ฑ๐ด๐ฆ dengan magnitud penumbra pada kali ini ialah 0.9655 dan nilai Gamma adalah -1.0350 dengan tempoh gerhana penumbra adalah selama 258.3 minit. Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di Afrika, Australia dan Asia termasuk Malaysia.
.
Di Malaysia, fenomena Gerhana Bulan Penumbra ini berlaku mulai jam 23:14 pada 5 Mei 2023 dengan fasa penumbra. Gerhana maksimum, iaitu 96.55% daripada Bulan akan melintasi bayang penumbra Bumi pula berlaku pada jam 01:24 pagi pada keesokan hari dan berakhir pada jam 03:33 apabila Bulan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra Bumi. Masyarakat di Malaysia berpeluang menyaksikan keseluruhan fenomena tersebut di mana-mana sahaja kerana Bulan berada di atas ufuk ketika fenomena tersebut berlaku bergantung kepada cuaca semasa.
.
Kenampakan Gerhana Bulan Penumbra adalah amat sukar jika dilihat dengan mata kasar kerana bayang-bayang penumbra Bumi adalah lebih samar (kurang gelap) jika dibandingkan dengan bayang-bayang umbra Bumi yang lebih gelap. Oleh itu, Gerhana Bulan Penumbra kelihatan hanya sedikit lebih gelap dan hampir sama dengan Bulan Penuh biasa. Peluang untuk melihat kesan gerhana penumbra mungkin menjadi lebih baik jika kita melihat gerhana tersebut menggunakan peralatan bantuan seperti binokular, teleskop dan kamera serta membuat perbandingan kecerahan Bulan sebelum, semasa dan selepas gerhana berlaku.
.
๐ก๐ผ๐๐ฎ ๐ธ๐ฎ๐ธ๐ถ:

๐จ๐บ๐ฏ๐ฟ๐ฎ ialah bahagian bayang yang sangat gelap (bayang Bumi atau Bulan).

๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐บ๐ฏ๐ฟ๐ฎ ialah bahagian luaran separa gelap bagi objek yang disinari sumber cahaya bersaiz terhingga, contohnya bayang Bumi atau Bulan yang disinari oleh Matahari semasa gerhana.

๐ ๐ฎ๐ด๐ป๐ถ๐๐๐ฑ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐๐บ๐ฏ๐ฟ๐ฎ (๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐บ๐ฏ๐ฟ๐ฎ๐น ๐ ๐ฎ๐ด๐ป๐ถ๐๐๐ฑ๐ฒ) ialah pecahan diameter Bulan yang dilitupi oleh bayang penumbra Bumi ketika gerhana maksimum. Ia dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50).

๐๐ฎ๐บ๐บ๐ฎ ialah jarak (dalam unit jejari khatulistiwa Bumi) antara pusat cakera Bulan dari pusat bayang umbra Bumi ketika gerhana maksimum iaitu apabila Bulan melintas paling dekat dengan paksi bayang umbra Bumi.
.
๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ฅ ๐ฅ๐จ๐๐จ๐๐๐ก: