Di Malaysia, kita tidak dapat menyaksikan Gerhana Matahari Penuh / Gerhana Matahari Anulus kerana laluan bayang-bayang umbra dan antumbra Bulan tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia pada waktu tersebut. Kita hanya berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa mulai jam 11:00 am hingga 1:30 pm dengan litupan 2% di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan litupan semakin bertambah sehingga 43% di Sabah kerana bayang-bayang penumbra Bulan melalui di Malaysia pada waktu tersebut.
.
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗞𝗮𝗸𝗶:
![▪️](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/td3/1.5/16/25aa.png)
Umbra adalah bahagian bayang yang sangat gelap (bayang Bumi atau Bulan).
![▪️](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/td3/1.5/16/25aa.png)
Penumbra adalah bahagian bayang luaran separa gelap (bayang Bumi atau Bulan).
![▪️](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/td3/1.5/16/25aa.png)
Antumbra adalah bahagian bayang yang muncul di luar umbra pada jarak tertentu dari objek yang menghasilkan bayang. Ia hanya wujud jika sumber cahaya mempunyai diameter yang lebih besar daripada objek.
![▪️](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/td3/1.5/16/25aa.png)
Magnitud gerhana (Eclipse magnitude) adalah pecahan diameter sudut (angular diameter) Matahari yang diliputi oleh Bulan. Dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50).
![▪️](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/td3/1.5/16/25aa.png)
Eclipse obscuration adalah pecahan kawasan Matahari yang diliputi oleh Bulan. Dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50).
![▪️](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/td3/1.5/16/25aa.png)
Litupan adalah peratusan cakera Matahari dilitupi semasa gerhana maksimum
.
𝗥𝘂𝗷𝘂𝗸𝗮𝗻: