MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Gerhana Matahari Hibrid pada 20 April 2023 (2)
Gerhana Matahari Hibrid 20 April 2023
Gerhana Matahari Hibrid 20 April 2023
Fenomena Gerhana Matahari Hibrid pada 20 April 2023 akan berlaku di Hemisfera Selatan mulai jam 09:35:34.3 dan berakhir pada 15:00:31.9 waktu tempatan. Fenomena tersebut (Gerhana Matahari Anulus dan Gerhana Matahari Penuh) boleh dilihat di sebahagian Australia, Timor-Leste, Indonesia (Papua Barat dan Papua) manakala Gerhana Matahari Separa boleh dilihat di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Hindia Timur, Australia, Filipina dan New Zealand.
.
Fenomena Gerhana Matahari Hibrid ini berlaku pada 4.1 hari selepas Bulan berada pada kedudukan perigee, iaitu titik orbit Bulan yang berada pada kedudukan terdekat dari Bumi dengan jarak 367,968km. Magnitud Gerhana Matahari Hibrid kali ini adalah 1.0132.
.
Laluan gerhana selebar 49km ini bermula di Lautan Hindi ketika Matahari terbit dan berakhir ketika Matahari terbenam di Lautan Pasifik dan hanya melintasi kawasan darat di sebahagian Australia Barat, Timor-Leste dan Papua Barat. Ketika fenomena ini berlaku, gerhana anulus akan kelihatan dalam beberapa saat di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik dengan gerhana maksimum di Exmouth, Australia Barat (~ 1 minit), Timor-Leste (1 minit 14 saat) dan Papua Barat (1 minit 9 saat). Gerhana Matahari Separa akan kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra Bulan yang lebih luas meliputi Asia Tenggara termasuk Malaysia, Hindia Timur, Australia, Filipina dan New Zealand.
.
๐—ก๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ž๐—ฎ๐—ธ๐—ถ:
โ–ช๏ธUmbra adalah bahagian bayang yang sangat gelap (bayang Bumi atau Bulan).
โ–ช๏ธPenumbra adalah bahagian bayang luaran separa gelap (bayang Bumi atau Bulan).
โ–ช๏ธAntumbra adalah bahagian bayang yang muncul di luar umbra pada jarak tertentu dari objek yang menghasilkan bayang. Ia hanya wujud jika sumber cahaya mempunyai diameter yang lebih besar daripada objek.
โ–ช๏ธMagnitud gerhana (Eclipse magnitude) adalah pecahan diameter sudut (angular diameter) Matahari yang diliputi oleh Bulan. Dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50).
โ–ช๏ธEclipse obscuration adalah pecahan kawasan Matahari yang diliputi oleh Bulan. Dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50).
โ–ช๏ธLitupan adalah peratusan cakera Matahari dilitupi semasa gerhana maksimum
Skip to content