MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Double Rainbows – 29 Mac 2023
Double Rainbows 29 Mac 2023

Pelangi berganda terbentuk apabila cahaya Matahari dipantulkan dua kali daripada titisan hujan dengan cahaya ungu yang sampai ke mata pemerhati adalah daripada titisan air hujan yang lebih tinggi dan cahaya merah adalah daripada titisan hujan yang lebih rendah. Ini bermakna urutan warna pelangi sekunder adalah terbalik iaitu Ungu-Indigo-Biru-Hijau-Kuning-Jingga-Merah (UIBHKJM) berbanding dengan pelangi primer (MJKHBIU) dan muncul kira-kira 10 darjah di atas pelangi utama.

.
Pelangi sekunder adalah lebih samar dan tona warnanya adalah lebih pudar berbanding dengan pelangi primer kerana lebih banyak cahaya Matahari terlepas keluar daripada dua kali pantulan berbanding dengan satu kali pantulan. Pelangi sekunder juga tersebar di kawasan langit yang lebih luas, iaitu hampir dua kali lebih lebar berbanding dengan pelangi utama.

.
Jalur gelap di antara pelangi utama dan sekunder dikenali sebagai jalur Alexander. Ia terbentuk kerana tiada cahaya Matahari yang diserakkan oleh titisan air hujan ke arah pemerhati di antara sudut sisihan pelangi utama dan pelangi sekunder yang menghasilkan jalur langit yang lebih gelap.

.
๐—ก๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ž๐—ฎ๐—ธ๐—ถ:
โ–ช๏ธ๐—™๐—ฒ๐—ป๐—ผ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ ๐—ผ๐—ฝ๐˜๐—ถ๐—ธ ialah fenomena yang disebabkan oleh interaksi cahaya dari Matahari atau Bulan dengan atmosfera, awan, air, habuk dan partikel lain.
โ–ช๏ธ๐— ๐—๐—ž๐—›๐—•๐—œ๐—จ ialah ringkasan huruf yang menunjukkan warna merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu

.
Rujukan:
โœ…https://www.metoffice.gov.uk/…/rainbows/double-rainbows

.
#MYSAย #MOSTIย #ONL
#merakyatkansainsย #menginsankanteknologiย 

Skip to content