Galaksi merupakan kumpulan bintang-bintang yang wujud secara berkelompok di dalam alam semesta bersama-sama gas dan debu yang diikat oleh tarikan graviti. Terdapat berjuta-juta galaksi dalam alam semesta dan dalam setiap galaksi, terdapat berjuta-juta bintang yang masing-masing memancarkan cahayanya tersendiri.
.
Galaksi di mana Sistem Suria kita, iaitu Matahari dan semua planet berada dinamakan Bima Sakti atau Milky Way. Sistem Suria merupakan salah satu daripada berbilion sistem yang terdapat di dalam galaksi ini. Bima Sakti mula terbentuk kira-kira 13.6 bilion tahun yang lalu dan merupakan sebahagian daripada kumpulan galaksi yang dikenali sebagai Kumpulan Tempatan.
.
Bima Sakti adalah galaksi pilin berpalang (barred spiral galaxy) yang berdiameter antara 100,000 hingga 120,000 tahun cahaya, dengan ketebalan selebar 1,000 tahun cahaya. Bima Sakti dianggarkan mengandungi 200 billion butir bintang dan bilangan planet yang sama banyak sekiranya kita menganggap setiap bintang akan mempunyai sekurang-kurangnya satu planet.
.
Keseluruhan kandungan Bima Sakti mengelilingi sebuah lohong hitam supermasif, iaitu Sagittarius A*, yang terletak di tengah-tengah Bima Sakti dengan jisimnya bernilai 4.3 juta jisim suria. Sistem Suria kita terletak sejauh 27,000 tahun cahaya dari pusat galaksi tersebut, iaitu di pinggir lengan Orion, salah satu lengan gas dan habuk berbentuk pilin dalam galaksi ini.
.
๐ก๐ข๐ง๐ ๐๐๐๐:
โข ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ธ๐๐ถ ๐ฝ๐ถ๐น๐ถ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฝ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป๐ด (๐ฏ๐ฎ๐ฟ๐ฟ๐ฒ๐ฑ ๐๐ฝ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐น ๐ด๐ฎ๐น๐ฎ๐
๐): Galaksi pilin (spiral) yang mempunyai pusat berbentuk struktur bar yang terdiri daripada bintang-bintang.
โข ๐๐ผ๐ต๐ผ๐ป๐ด ๐ต๐ถ๐๐ฎ๐บ ๐๐๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐บ๐ฎ๐๐ถ๐ณ: Lubang hitam yang amat besar yang berukuran kira-kira 106 hingga 109 kali ganda jisim suria yang dikatakan wujud di pusat sesetengah galaksi.
โข ๐๐๐บ๐ฝ๐๐น๐ฎ๐ป ๐ง๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฎ๐๐ฎ๐ป (๐น๐ผ๐ฐ๐ฎ๐น ๐ด๐ฟ๐ผ๐๐ฝ): sebuah kumpulan galaksi yang terdiri daripada lebih 30 galaksi dan galaksi kita, Bima Sakti, merupakan salah satu dari ahli kumpulan ini. Keluasannya meliputi diameter sekitar 10 juta tahun cahaya dan pusat gravitinya terletak di antara galaksi Bima Sakti dan galaksi Andromeda.
โข ๐ง๐ฎ๐ต๐๐ป ๐ฐ๐ฎ๐ต๐ฎ๐๐ฎ (๐น๐ถ๐ด๐ต๐ ๐๐ฒ๐ฎ๐ฟ): Jarak atau jauh yang dilalui oleh cahaya dalam satu tahun. 1 tahun cahaya bersamaan dengan 9.46055 X 10^15 meter.
โข ๐๐ถ๐๐ถ๐บ ๐๐๐ฟ๐ถ๐ฎ (๐๐ผ๐น๐ฎ๐ฟ ๐บ๐ฎ๐๐): Unit jisim yang digunakan dalam astronomi. 1 jisim suria bersamaan dengan jisim Matahari, iaitu 2.0 X 10^30 kg. Selalu digunakan untuk menunjukkan jisim bintang seperti gugusan bintang, nebula, galaksi dan lohong hitam.
.
๐ฅ๐จ๐๐จ๐๐๐ก:
https://www.britannica.com/place/Milky-Way-Galaxy
https://solarsystem.nasa.gov/…/285/the-milky-way-galaxy/
https://apod.nasa.gov/apod/ap051004.html
https://www.space.com/19915-milky-way-galaxy.html
https://earthsky.org/astron…/what-is-the-milky-way-galaxy/
.
#MYSAย #MOSTIย #ONL
#BekerjaBersamaRakyatย #merakyatkansainsย #menginsankanteknologiย