Orang ramai dijangka akan dapat melihat fenomena angkasa yang dikenali sebagai Hujan Meteor Orionids yang berlaku setiap tahun pada sekitar 2 Oktober hingga 7 November dan kemuncaknya dijangka akan berlaku lewat malam 21 Oktober hingga awal pagi 22 Oktober 2022. Semasa kemuncak fenomena ini berlaku, dijangka sekitar 10 hingga 20 meteor per jam secara purata akan muncul di langit. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah baik kerana hanya sedikit gangguan bulan sabit tua semasa kemuncak berlaku. Namun begitu, anda masih berpeluang menyaksikan fenomena ini dengan menggunakan mata kasar dari lokasi yang gelap dan bebas dari pencemaran cahaya sekiranya cuaca baik.
.
Hujan Meteor Orionids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Orion, tetapi kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah. Fenomena ini berlaku setiap tahun apabila Bumi yang beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit Komet 1P/Halley atau dikenali sebagai Komet Halley.
.
Komet Halley dianggarkan mengambil masa selama 75 hingga 76 tahun untuk melengkapkan orbitnya. Semasa komet tersebut mengorbit menghampiri Matahari, debu-debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akhirnya akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet tersebut. Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang.
.
Hujan Meteor Orionids terkenal dengan kecerahan (brightness) dan kelajuannya. Meteor tersebut bergerak dengan kelajuan 66km/s ke dalam atmosfera Bumi. Meteor yang bergerak laju ini boleh meninggalkan lintasan bercahaya yang berlangsung selama beberapa saat hingga beberapa minit dan kadang-kadang boleh menghasilkan bola api yang terang.
ย
๐ก๐ผ๐๐ฎ ๐ธ๐ฎ๐ธ๐ถ:
*Komet merupakan pepejal gabungan antara batuan, debu dan ais dan debunya boleh berserakan apabila mengorbit mendekati Matahari.
ย
*Komet 1P/Halley adalah komet jangka pendek yang dapat dilihat dengan mata kasar dari Bumi setiap 75 – 76 tahun dan satu-satunya komet sedemikian yang mungkin dapat muncul dua kali dalam seumur hidup manusia. Halley kali terakhir muncul di bahagian dalaman Sistem Suria pada tahun 1986 dan ia akan muncul kembali pada pertengahan tahun 2061.
ย
*Orion atau dikenali sebagai Belantik ialah sekumpulan bintang yang kedudukannya membentuk imej seperti pemburu.
.
๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ฅ ๐ฅ๐จ๐๐จ๐๐๐ก