𝟯 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Pertama pada jam 08:14
𝟵 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮
𝗨𝘁𝗮𝗿𝗶𝗱 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗘𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗕𝗮𝗿𝗮𝘁
Utarid berada pada Elongasi Paling Barat iaitu 18 darjah dari Matahari, Utarid boleh kelihatan di langit timur sebelum Matahari terbit. Planet Utarid akan terbit pada jam 05:54 manakala Matahari akan terbit pada jam 06:58
𝟭𝟬 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵 / 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗿𝗻𝗮𝗺𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada jam 04:54
𝟭𝟴 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿 / 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada jam 01:15
𝟮𝟮 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮
𝗞𝗲𝗺𝘂𝗻𝗰𝗮𝗸 𝗛𝘂𝗷𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘁𝗲𝗼𝗿 𝗢𝗿𝗶𝗼𝗻𝗶𝗱𝘀
Hujan Meteor Orionids boleh dilihat mulai 2 Oktober hingga 7 November. Kemuncak Pancuran Meteor Orionids berlaku pada malam antara 21 dan 22 Oktober 2021 dengan purata 20 meteor per jam. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah agak bagus kerana hanya sedikit gangguan bulan sabit tua semasa kemuncak berlaku.
𝟮𝟱 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮
𝗚𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗮𝘁𝗮𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗽𝗮𝗿𝗮
Gerhana Matahari Separa berlaku mulai jam 16:58 dan berakhir pada jam 21:02 waktu Malaysia. Fenomena tersebut 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗱𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 di Malaysia tetapi boleh dilihat di sebahagian besar Eropah, bahagian utara Afrika, Timur Tengah dan Asia Barat. Liputan sebanyak 80% dapat dilihat dari bahagian tengah Rusia.
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗿𝘂
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada jam 18:48
Sumber Rujukan:
Lunar Perigee and Apogee Calculator
Mercury Chaser’s Calculator
Sea and Sky – Astronomy Calendar of Celestial Events for Calendar Year 2022
EarthSky’s 2022 meteor shower guide
Perisian Stellarium