Halo merupakan sejenis fenomena optik yang kelihatan seakan-akan gegelung cincin yang terbentuk di sekeliling Matahari atau Bulan. Fenomena optik ini berlaku disebabkan cahaya Matahari atau Bulan telah dibiaskan dan dipantulkan ketika melalui kristal ais berbentuk heksagon yang terdapat di dalam awan sirus dan menghasilkan suatu lingkaran cahaya yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Bahagian dalam lingkaran kelihatan berwarna kemerahan manakala bahagian luar lingkaran pula berwarna biru atau ungu menurut urutan warna pelangi. Fenomena ini juga dikenali sebagai halo 22 darjah (22-๐ฅ๐ฆ๐จ๐ณ๐ฆ๐ฆ ๐ฉ๐ข๐ญ๐ฐ) disebabkan saiz sudut (๐ข๐ฏ๐จ๐ถ๐ญ๐ข๐ณ ๐ด๐ช๐ป๐ฆ) gegelung yang terbentuk adalah sekitar 22 darjah.
.
Kebanyakan Halo terjadi disebabkan kewujudan kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian antara 5 hingga 10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi. Kekerapan kejadian ini berlaku bergantung kepada kehadiran kristal ais dalam atmosfera. Jika halo berlaku pada waktu siang, ia dikenali sebagai Halo Matahari manakala jika ia berlaku pada waktu malam, ia dikenali sebagai Halo Bulan. Halo Bulan sering berlaku apabila Bulan berada dalam fasa purnama atau hampir fasa purnama
.
ย
Nota Kaki
โข ๐๐ฒ๐ป๐ผ๐บ๐ฒ๐ป๐ฎ ๐ผ๐ฝ๐๐ถ๐ธ ialah fenomena yang disebabkan oleh interaksi cahaya dari Matahari atau Bulan dengan atmosfera, awan, air, habuk dan partikel lain.
ย
โข ๐ง๐ฟ๐ผ๐ฝ๐ผ๐๐ณ๐ฒ๐ฟ๐ฎ merupakan lapisan atmosfera yang hampir sekali dengan Bumi, yang terletak di antara 6 hingga 10 km.
ย
โข ๐๐๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐ฟ๐๐ (๐ฐ๐ถ๐ฟ๐ฟ๐๐) adalah sejenis kumpulan awan tinggi (5-13 kilometer dari permukaan Bumi) yang terdiri sepenuhnya daripada ais dan kelihatan panjang dan nipis. Pembentukan awan ini juga boleh dikenali melalui bentuknya yang berjurai atau lebih dikenali sebagai โekor kudaโ. Awan sirus biasanya berwarna putih dan menandakan cuaca mungkin akan berubah dalam masa 24 jam.
ย
โข ๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ ๐๐๐ฑ๐๐ ialah ukuran jarak antara objek cakerawala berdasarkan sudut dengan titik pemerhatian di Bumi. Jarak ini juga dikenali sebagai jarak sudut (angular distance) atau asingan sudut (angular separation). Jarak ini dinyatakan dalam bentuk darjah (ยฐ), minit arka (‘), dan minitsaat arka (“).