Buruj ialah gugusan bintang yang kelihatan berdekatan (walaupun jarak sebenar antara bintang-bintang tersebut adalah sangat jauh) yang membentuk corak tertentu yang menarik di langit pada waktu malam. Secara semula jadinya, corak-corak tersebut tidak wujud di ruang angkasa dan hanya terbentuk apabila kita melihatnya dari Bumi. Setakat ini Kesatuan Astronomi Antarabangsa telah mengiktiraf sebanyak 88 buruj yang digunakan secara rasmi oleh semua ahli astronomi di dunia.
.
Imej buruj Orion ini telah dirakam di Langkawi pada 31 Ogos 2022 jam 6:39 pagi ketika langit berawan. Buruj Orion dinamakan sempena pemburu yang terkenal dalam mitologi Tamadun Yunani dan merupakan salah satu buruj yang paling jelas dan mudah dikenal pasti di langit. Orion terletak di atas garisan khatulistiwa cakerawala dan boleh dilihat di seluruh dunia.
.
Buruj Orion terdiri daripada tujuh bintang utama yang lebih cerah berbanding dengan bintang-bintang yang lain. Rigel (Beta Orionis) dan Betelgeuse (Alpha Orionis) merupakan dua bintang yang paling terang di dalam Orion. Semua bintang utama di dalam Orion adalah bintang gergasi biru muda terang atau super raksasa. Bintang paling dekat adalah Bellatrix (243 tahun cahaya) manakala bintang paling jauh adalah Alnilam (1,360 tahun cahaya). Orion mudah dikenal pasti melalui satu baris tiga bintang yang bernama Alnitak, Alnilam dan Mintaka yang membentuk satu garis lurus apabila dilihat dari Bumi.
.
Nota Kaki:
* ๐ง๐ฎ๐ต๐๐ป ๐ฐ๐ฎ๐ต๐ฎ๐๐ฎ ialah jarak atau jauh yang dilalui oleh cahaya dalam satu tahun. 1 tahun cahaya bersamaan dengan 9.46055 x 10^15 meter.
* ๐ฅ๐ถ๐ด๐ฒ๐น ialah bintang super raksasa biru yang amat cerah dan jauh di dalam buruj Orion.
* ๐๐ฒ๐๐ฒ๐น๐ด๐ฒ๐๐๐ฒ ialah bintang super raksasa merah yang amat cerah dan jauh di dalam buruj Orion.
.
๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ฅ ๐ฅ๐จ๐๐จ๐๐๐ก:
https://www.space.com/16659-constellation-orion.html
https://earthsky.org/…/orion-the-hunter-most-recognizable/
http://www.seasky.org/constellat…/constellation-orion.html
https://in-the-sky.org/data/constellation.php?id=61
https://hubblesite.org/…/images/2006/01/1836-Image.html…
https://www.britannica.com/place/Orion-constellation
https://angkasfera.com/…/belantik-sang-pemburu-di…/
.
#MYSAย #MOSTIย #ONL
#BekerjaBersamaRakyat
#KeluargaMalaysiaย #merakyatkansainsย #menginsankanteknologi