Dua imej Matahari (I dan II) ini telah berjaya dirakam menggunakan penapis cahaya tampak (whitelight) dan Calcium II K-line (Ca ll K-line) di Observatori Negara Langkawi pada 20 Julai 2022. Penapis Ca II K-line hanya membenarkan cahaya yang mempunyai gelombang 393.4 nanometer untuk melaluinya dan digunakan untuk mencerap lapisan kromosfera bawah Matahari manakala penapis cahaya tampak membenarkan kita mencerap fotosfera Matahari.
.
Kedua-dua imej Matahari (I dan II) menunjukkan terdapat tujuh kumpulan tompok Matahari yang diberi nama AR3056, AR3057, AR3058, AR3059, AR3060, AR3061 dan AR3062. Tompok matahari adalah kawasan sejuk di lapisan fotosfera yang dihasilkan oleh perubahan setempat di dalam medan magnet Matahari serta cenderung untuk terbentuk dalam kumpulan-kumpulan. Tompok matahari merupakan fenomena sementara pada fotosfera matahari yang kelihatan sebagai tompokan gelap berbanding kawasan sekitarnya.
.
Ia mempunyai medan magnet yang kuat dan menyebabkan tekanan atmosfera di sekitarnya menurun. Oleh itu, suhunya adalah lebih rendah (sejuk) berbanding dengan persekitarannya kerana medan magnet ini telah menghalang pengaliran gas panas ke permukaan Matahari. Kebiasaannya, jangka hayat Tompok Matahari mengambil masa di antara beberapa hari hingga beberapa minggu.
.
Kumpulan tompok matahari AR3056, AR3057 dan AR3058 telah menyebabkan berlakunya suar suria kelas M, C dan B manakala kumpulan tompok matahari AR2059, AR3060, AR3061 dan AR3062 hanya menyebabkan suar suria kelas C dan B sahaja yang kurang memberikan kesan kepada Bumi.
.
Secara ringkasnya, peningkatan bilangan tompok matahari sering berkait rapat dengan kejadian kitaran Matahari maksimum yang berlaku setiap 11 tahun di mana aktiviti Matahari seperti hamburan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) dan suar suria turut meningkat.
.
๐ก๐ผ๐๐ฎ:
*๐๐ผ๐๐ผ๐๐ณ๐ฒ๐ฟ๐ฎ: โpermukaanโ Matahari yang dapat dilihat dengan penuras cahaya tampak.
*Tompok matahari dapat dilihat di permukaan fotosfera dan ia merupakan kawasan paling sejuk di permukaan Matahari (~4000 โฐC).
*๐ฆ๐๐ฎ๐ฟ ๐๐๐ฟ๐ถ๐ฎ: ledakan cahaya yang sangat cerah di Matahari dan biasanya kelihatan berhampiran dengan tompok Matahari yang besar dan tidak sekata. Ledakan cahaya disebabkan oleh ledakan gas hidrogen yang berlaku selama beberapa minit hingga sejam atau lebih sedikit. Suar suria diklasifikasikan sebagai A, B, C, M atau X berdasarkan peak flux (dalam unit watts per meter square, Wlm2) bagi panjang gelombang cahaya 1 hingga 8 Angstroms yang diukur oleh instrumen XRS pada satelit GOES-15 yang berada dalam orbit geopegun (geostationary orbit) di Lautan Pasifik
*๐๐ผ๐ฟ๐ผ๐ป๐ฎ๐น ๐ ๐ฎ๐๐ ๐๐ท๐ฒ๐ฐ๐๐ถ๐ผ๐ป (๐๐ ๐): gumpalan plasma iaitu jirim dalam keadaan elektron telah dipisahkan dari nukleus atomnya. CME merentasi ruang angkasa dalam bentuk jirim yang memecut dengan kelajuan lebih kurang 2 juta kilometer sejam dan mampu sampai ke Bumi dalam masa 3 hari. CME juga mempengaruhi lapisan atmosfera Bumi terutamanya magnestosfera.
.
๐ฅ๐๐ท๐๐ธ๐ฎ๐ป:
https://www.spaceweatherlive.com/…/2022/07/20/dayobs.html
https://www.spaceweather.com/archive.php?view=1&day=20…
.
#MYSAย #MOSTIย #ONL
#BekerjaBersamaRakyat
#KeluargaMalaysiaย #merakyatkansainsย #menginsankanteknologi