Fasa Bulan Purnama Pertama Tahun 2022

Bulan merupakan objek angkasa yang sering dikunjungi oleh misi kapal angkasa dari bumi berbanding objek angkasa yang lain kerana jaraknya yang lebih dekat dan hanya mengambil masa beberapa hari sahaja untuk sampai dari Bumi. Bulan juga merupakan satelit semula jadi Bumi dan satu-satunya objek angkasa yang pernah dikunjungi oleh manusia.
.
Dengan mengkaji Bulan, saintis dapat mengenal pasti asal usul Bumi. Imej Fasa Bulan Purnama yang telah diambil menunjukkan beberapa lokasi pendaratan di Bulan yang telah dilaksanakan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) dan Kesatuan Soviet.
.
Kapal angkasa pertama yang mendarat di permukaan Bulan adalah misi Luna 2 pada 13 September 1959. Misi Luna merupakan siri kapal angkasa robotik yang dihantar ke Bulan oleh Kesatuan Soviet antara tahun 1959 hingga 1976. Sebanyak 15 misi Luna telah berjaya ke Bulan sama ada sebagai pengorbit atau pendarat. Banyak eksperimen telah dilakukan untuk mengkaji komposisi kimia, graviti, suhu, kadar radiasi serta sinaran gamma dan kosmik di Bulan.
.
NASA telah menghantar Misi Surveyor dari tahun 1966 hingga 1968 bagi mendapatkan imej terperinci permukaan Bulan bertujuan untuk mengenal pasti kawasan pendaratan kapal angkasa yang selamat.
.
Dari tahun 1968 hingga 1972, angkasawan-angkasawan Apollo daripada NASA telah menjalankan misi dengan menguji kapal angkasa yang baru ke Bulan. Enam misi, iaitu Program Apollo 11, 12, 14, 15, 16 dan 17 telah mendarat ke Bulan bagi mengkaji komposisi dan sejarah ciri-ciri geologi Bulan. Pada 20 Julai 1969, Komander Apollo 11 yang bernama Neil Armstrong telah melangkah keluar dari Modul Bulan dan membawa “langkah yang kecil” di 𝗹𝗮𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗧𝗿𝗮𝗻𝗾𝘂𝗶𝗹𝗶𝘁𝘆, yang menandakan “ satu loncatan yang besar untuk manusia”.
‘
Selain NASA dan Kesatuan Soviet, Agensi Angkasa dari China, India dan Eropah turut menghantar misi ke Bulan sehingga kini. Setakat ini, hanya Amerika Syarikat yang telah berjaya menjalankan misi pendaratan manusia di Bulan, dengan yang terakhir berlepas ke permukaan Bulan pada bulan Disember 1972. Semua 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗿𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗹𝘂𝗻𝗮𝗸 (𝘀𝗼𝗳𝘁 𝗹𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴) dan terbengkalai telah berlaku di 𝘀𝗶𝘀𝗶 𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 dan hanya pada 3 Januari 2019 kapal angkasa China “Chang’e 4” telah berjaya membuat pendaratan pertama di bahagian 𝘀𝗶𝘀𝗶 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻.
.
Nota:-
– 𝗦𝗶𝘀𝗶 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 ialah hemisfera Bulan yang tidak dapat dilihat dari Bumi.
– 𝗦𝗶𝘀𝗶 𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 ialah hemisfera bulan yang menghadap Bumi secara tetap
– 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗿𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗹𝘂𝗻𝗮𝗸 (𝘀𝗼𝗳𝘁 𝗹𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴) merupakan kaedah mendaratkan pesawat secara cermat dengan menggunakan roket atau payung terjun.
– 𝗧𝗵𝗲 𝗦𝗲𝗮 𝗼𝗳 𝗧𝗿𝗮𝗻𝗾𝘂𝗶𝗹𝗶𝘁𝘆 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗠𝗮𝗿𝗲 𝗧𝗿𝗮𝗻𝗾𝘂𝗶𝗹𝗹𝗶𝘁𝗮𝘁𝗶𝘀 merupakan tapak pendaratan Apollo 11, iaitu misi di mana manusia menjejakkan kaki kali pertama di bulan. Nama Mare Tranquillitatis ini telah diberikan oleh ahli astronomi Francesco Grimaldi dan Giovanni Battista Riccioli pada tahun 1651 dalam peta lunar Almagestum novum.
.
Sumber Rujukan:https://www.planetary.org/space-missions/every-moon-mission
https://www.nasa.gov/mission…/apollo/missions/index.html
https://nssdc.gsfc.nasa.gov/nmc/spacecraft/display.action…