Sinaran krepuskular (Crepuscular rays) terbentuk apabila Matahari berada rendah di ufuk ketika sedang terbenam atau terbit dan dilindungi oleh gunung-ganang atau awan yang rendah. Cahaya Matahari akan melalui celahan gunung-ganang dan awan menyebabkan terbentuknya jaluran gelap dan cerah yang kelihatan muncul dari satu titik, iaitu Matahari. Jaluran cahaya ini kelihatan disebabkan oleh kehadiran molekul udara, titisan air dan debu yang terapung di dalam udara. Ia kelihatan muncul dari arah Matahari dan hampir selari antara satu sama lain.
.
Sinaran krepuskular selalunya berwarna kekuningan ataupun kemerahan kerana fenomena serakan cahaya. Semasa waktu senja atau subuh, cahaya Matahari perlu melalui lebih banyak partikel udara di dalam atmosfera untuk sampai ke mata kita berbanding ketika waktu tengah hari. Sebahagian besar cahaya yang mempunyai panjang gelombang yang pendek seperti warna biru dan hijau akan diserakkan oleh partikel di dalam udara menyebabkan hanya cahaya yang kemerahan yang sampai ke mata kita.
.
Sinaran krepuskular dan antikrepuskular merupakan fenomena optik yang berkelakuan dengan cara yang sama. Sinaran krepuskular kelihatan di kawasan yang menumpu pada Matahari manakala sinaran antikrepuskular kelihatan di kawasan yang menumpu ke arah yang bertentangan dengan Matahari. Sinaran antikrepuskular sering kali berlaku tetapi kenampakannya mesti diperhatikan secara teliti kerana ia lebih malap.
ย
Untuk melihat fenomena sinaran antikrepuskular, kita perlu melihat ke arah timur ketika Matahari terbenam atau ke arah barat ketika Matahari terbit. Fenomena ini telah dicerap di Langkawi pada 9 Ogos 2022 jam 7:42 petang.
ย
๐ก๐ผ๐๐ฎ ๐๐ฎ๐ธ๐ถ:
โข ๐๐ฒ๐ป๐ผ๐บ๐ฒ๐ป๐ฎ ๐ผ๐ฝ๐๐ถ๐ธ ialah fenomena yang disebabkan oleh interaksi cahaya dari Matahari atau Bulan dengan atmosfera, awan, air, habuk dan partikel lain.
ย