🅺
🅻🅴🅽🅳
🆁
🆂🆃🆁
🅽
🅼🅸
🅶
🆂 2022
𝟱 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟮![]()
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Pertama pada jam 19:06.
𝟭𝟮 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟮![]()
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵 / 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗿𝗻𝗮𝗺𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada jam 09:35.
𝟭𝟯 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟮![]()
𝗞𝗲𝗺𝘂𝗻𝗰𝗮𝗸 𝗛𝘂𝗷𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘁𝗲𝗼𝗿 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗶𝗱𝘀
Hujan Meteor Perseids boleh dilihat mulai 17Julai hingga 24 Ogos. Kemuncak Hujan Meteor Perseids dijangka berlaku pada awal pagi 13 Ogos 2022 dengan purata 60 meteor per jam. Hujan Meteor Perseids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Perseus, tetapi kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah kurang bagus kerana terdapat gangguan bulan hampir purnama semasa kemuncak berlaku.
𝟭𝟱 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟮![]()
𝗢𝗽𝗼𝘀𝗶𝘀𝗶 𝗭𝘂𝗵𝗮𝗹
Planet Zuhal akan berada pada kedudukan oposisi, iaitu kedudukan bertentangan dengan Matahari merujuk kepada Bumi. Semasa oposisi, Zuhal akan disinari sepenuhnya oleh Matahari dan boleh dilihat dengan lebih terang berbanding ketika ia berada pada kedudukan lain. Planet Zuhal akan kelihatan di langit malam sepanjang Ogos hingga Disember.
𝟭𝟵 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟮![]()
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿 / 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada jam 12:36.
𝟮𝟳 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟮![]()
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗿𝘂
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada jam 16:17.
𝗨𝘁𝗮𝗿𝗶𝗱 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗘𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝘀𝗶 𝗧𝗶𝗺𝘂𝗿
Utarid berada pada Elongasi Paling Timur iaitu 27.3 darjah, Utarid boleh kelihatan di langit barat selepas Matahari terbenam. Planet Utarid akan terbenam pada jam 20:53 manakala Matahari akan terbenam pada jam 19:20
.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿 𝗥𝘂𝗷𝘂𝗸𝗮𝗻:
• https://solarsystem.nasa.gov/…/quadrantids/in-depth/
• https://ssd.jpl.nasa.gov/horizons/
• Lunar Perigee and Apogee Calculator
• Mercury Chaser’s Calculator
• timeandate.com
• Sea and Sky – Astronomy Calendar of Celestial Events for Calendar Year 2022
• EarthSky’s 2022 meteor shower guide
• http://www.lunar-occultations.com/iota/planets/planets.htm
• Perisian Stellarium
.
#MYSA #MOSTI #KalendarAstronomi2022
#BekerjaBersamaRakyat
#KeluargaMalaysia