Bulan beredar mengelilingi Bumi dalam orbit berbentuk elips dengan purata nilai keeksentrikan 0.0549. Oleh itu, purata jarak Bulan dari Bumi (pusat-ke-pusat) adalah berbeza-beza pada setiap masa dengan jarak purata paling dekat (disebut sebagai perigee) adalah 363,396km dan jarak purata paling jauh (disebut sebagai apogee) adalah 405,504km.
.
Apabila Bulan Penuh atau Bulan Baru berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee), ia dikenali sebagai “Supermoon, Super Full Moon atau Super New Moon”. Manakala apabila Bulan Penuh atau Bulan Baru berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee), ia dikenali sebagai “Micromoon, Minimoon, Mini Full Moon atau Mini New Moon”.
.
Pada 𝟭𝟯 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝗷𝗮𝗺 𝟱:𝟬𝟵 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴 𝘄𝗮𝗸𝘁𝘂 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮, Bulan akan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee) bagi tahun 2022 dengan jarak di posisi perigee adalah 357,263 km.
.
Semasa “Supermoon”, Bulan Penuh boleh kelihatan sehingga 7% lebih besar daripada Bulan Penuh biasa dan kelihatan 14% lebih besar dan 30% lebih cerah daripada ‘Micromoon’.
.
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗞𝗮𝗸𝗶:
• 𝗞𝗲𝗲𝗸𝘀𝗲𝗻𝘁𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗲𝗰𝗰𝗲𝗻𝘁𝗿𝗶𝗰𝗶𝘁𝘆 adalah ukuran pemanjangan sesebuah elips. Nilai keeksentrikan 0 menunjukkan orbit bulatan sempurna manakala nilai antara 0 dan 1 menunjukkan orbit elips.
• 𝗦𝗮𝗶𝘇 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗔𝗽𝗽𝗮𝗿𝗲𝗻𝘁 𝗦𝗶𝘇𝗲 adalah saiz sesebuah objek kelihatan di langit, seperti Matahari dan Bulan di langit yang kelihatan seperti mempunyai saiz yang sama.
Rujukan:
• https://www.timeanddate.com/ast…/moon/super-full-moon.html
• http://astropixels.com/ephemeris/moon/fullperigee2001.html
.
#MYSA #MOSTI #ONL
#BekerjaBersamaRakyat
#KeluargaMalaysia #merakyatkansains #menginsankanteknologi