.
Kumpulan Tompok Matahari AR2975 mempunyai medan magnet yang kuat dan telah menghasilkan sebanyak 50 suar suria kelas X, M, C dan B. Suar suria terkuat yang dihasilkan oleh kumpulan Tompok Matahari AR2975 ialah suar suria kelas X1.3 pada 30 Mac 2022 pada jam 17:21 UTC yang telah menyebabkan gangguan komunikasi radio berfrekuensi tinggi buat sementara waktu di benua Amerika Utara dan Selatan. Suar suria tersebut telah menghasilkan hamburan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) ke angkasa dan letusan ini telah menghasilkan ribut geomagnetik kelas G1 pada 2 April 2022 pada jam 01:00UTC yang tidak memberikan kesan yang ketara kepada sistem teknologi di Bumi terutamanya di negara-negara yang berlatitud rendah.
.
๐ก๐ผ๐๐ฎ ๐๐ฎ๐ธ๐ถ:
*๐๐ผ๐๐ผ๐๐ณ๐ฒ๐ฟ๐ฎ adalah โpermukaanโ Matahari yang dapat dilihat dengan penapis cahaya nampak.
ย
*๐ง๐ผ๐บ๐ฝ๐ผ๐ธ ๐ ๐ฎ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ dapat dilihat di permukaan lapisan fotosfera dan ia merupakan kawasan paling sejuk di permukaan Matahari (~4000ยฐC)
ย
*๐ฆ๐๐ฎ๐ฟ ๐๐๐ฟ๐ถ๐ฎ adalah ledakan cahaya yang sangat cerah di Matahari dan biasanya kelihatan berhampiran dengan tompok Matahari yang besar dan tidak sekata. Ledakan cahaya disebabkan oleh ledakan gas hidrogen yang berlaku selama beberapa minit hingga sejam atau lebih sedikit. Suar suria boleh diklasifikasikan sebagai A,B,C,M atau X berdasarkan peak flux (dalam unit watts per meter square, W/m2) bagi Panjang gelombang cahaya 1 hingga 8 Angstroms yang diukur oleh instrument XRS pada satelit GOES-15 yang berada di dalam orbit geopegun (geostationary orbit) di Lautan Pasifik.
ย
*๐๐ฎ๐บ๐ฏ๐๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ท๐ถ๐๐ถ๐บ ๐ธ๐ผ๐ฟ๐ผ๐ป๐ฎ (Coronal Mass Ejection, CME) adalah gumpalan plasma iaitu jirim dalam keadaan electron telah dipisahkan dari nukleus atomnya. CME merentasi ruang angkasa dalam bentuk jirim yang memecut dengan kelajuan sekitar 2 juta kilometer sejam dan mampu sampai ke bumi dalam masa 3 hari. CME juga mempengaruhi lapisan atmosfera Bumi terutamanya lapisan magnestosfera.
ย
*๐ฅ๐ถ๐ฏ๐๐ ๐ด๐ฒ๐ผ๐บ๐ฎ๐ด๐ป๐ฒ๐๐ถ๐ธ dikelaskan mengikut lima (5) skala, iaitu satu (1) adalah yang paling lemah dan lima (5) adalah yang paling berkeupayaan menyebabkan kerosakan pada sistem teknologi di Bumi dan angkasa lepas.
.
๐ฅ๐๐ท๐๐ธ๐ฎ๐ป:
.