Bulan beredar mengelilingi Bumi dalam orbit elips dan jarak Bulan dari Bumi (pusat-ke-pusat) adalah berbeza-beza iaitu jarak paling dekat 363,396km (perigee) sehingga 405,504km iaitu jarak paling jauh (apogee).
.
Apabila Bulan Penuh atau Bulan Baru berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee), ia dikenali sebagai “Supermoon, Super Full Moon atau Super New Moon”.
.
Manakala apabila Bulan Penuh atau Bulan baru berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee), ia dikenali sebagai “Micromoon, Minimoon, Mini Full Moon atau Mini New Moon”.
.
Imej Super Full Moon ini telah berjaya dirakam oleh sistem Teleskop Observatori Negara Langkawi pada 14 Jun 2022.
.
Pada tahun 2022, ‘Supermoon’ berlaku 2 kali iaitu pada 14 Jun 2022 dan seterusnya pada 13 Julai 2022. Pada 14 Jun 2022, Bulan berada pada kedudukan kedua yang paling hampir dengan Bumi (perigee) dengan jarak di posisi perigee 357,433 km. Semasa ‘Supermoon’, Bulan penuh boleh kelihatan sehingga 7% lebih besar daripada Bulan penuh biasa dan kelihatan 14% lebih besar dan 30% lebih cerah daripada ‘Micromoon’.
.
𝗥𝘂𝗷𝘂𝗸𝗮𝗻:
• https://www.timeanddate.com/ast…/moon/super-full-moon.html
• http://astropixels.com/ephemeris/moon/fullperigee2001.html
.
#MYSA #MOSTI #ONL
#BekerjaBersamaRakyat
#KeluargaMalaysia #merakyatkansains #menginsankanteknologi