Imej Planet Zuhal ini telah dicerap dari Observatori Negara Langkawi pada 24 Mei 2022 jam 2:45 pagi. Zuhal merupakan planet yang keenam dari Matahari dan kedua terbesar selepas Musytari dalam Sistem Suria. Ia juga merupakan planet paling jauh yang dapat dilihat dari Bumi dengan mata kasar. Planet gergasi bergas ini mempunyai lapisan atmosfera yang terdiri daripada hidrogen dan helium. Struktur terasnya adalah berbatu, diseliputi lapisan cecair hidrogen yang bersifat logam dan lapisan mantelnya mempunyai pelbagai ais dalam jumlah surih.
.
Zuhal mempunyai 82 bulan. 6 bulan yang utama adalah Titan, Rhea, Iapetus, Dione, Tethys dan Enceladus. Titan merupakan bulan terbesar di Zuhal dan kedua terbesar dalam Sistem Suria. Titan merupakan satu-satunya bulan di dalam Sistem Suria yang mempunyai lapisan atmosfera yang majoritinya adalah nitrogen seperti atmosfera Bumi, permukaannya berais dan berkemungkinan mempunyai lautan di bawahnya.
.
Nota kaki:
• Jumlah surih adalah unsur kimia yang kepekatannya (atau ukuran jumlah lain) sangat rendah.
Rujukan:
https://solarsystem.nasa.gov/planets/saturn/overview/
.
#MYSA #MOSTI #ONL
#BekerjaBersamaRakyat
#KeluargaMalaysia #merakyatkansains #menginsankanteknologi