Waxing Crescent Moon atau Fasa Bulan Sabit Muda ini telah dicerap dari Observatori Negara Langkawi pada 4 Mac 2022 jam 8:27 malam. Imej ini menunjukkan Bulan Sabit Muda yang diterangi oleh sinaran Bumi (Earthshine) berusia hampir 2 hari yang boleh digambarkan seolah-olah memberi senyuman nipis kelihatan di langit barat sejurus selepas Matahari terbenam.
.
Earthshine ialah cahaya malap yang menerangi bahagian Bulan yang tidak disinari cahaya disebabkan cahaya Matahari yang dipantulkan dari permukaan Bumi ke Bulan. Ianya paling jelas dilihat beberapa hari sebelum dan selepas fasa Bulan Baru dan sejurus sebelum Matahari terbit atau selepas Matahari terbenam.
.
Kecerahan Earthshine juga dipengaruhi oleh albedo Bulan. Albedo ialah ukuran jumlah cahaya Matahari yang boleh dipantulkan oleh objek angkasa. Bulan mempunyai purata albedo 0.12, manakala purata albedo Bumi ialah 0.3. Hal ini bermakna Bulan memantulkan kira-kira 12% cahaya Matahari yang sampai kepadanya manakala Bumi memantulkan kira-kira 30% daripada semua cahaya Matahari yang mengenai permukaannya. Justeru, Bumi akan kelihatan lebih terang apabila dilihat dari Bulan berbanding dengan Fasa Bulan Purnama yang dilihat dari Bumi.
.
Bulan Sabit Muda tiada kaitan dengan bayang-bayang Bumi di Bulan kerana bayang-bayang Bumi hanya boleh terbentuk pada permukaan Bulan ketika Fasa Bulan Purnama atau Gerhana Bulan.
.
๐ก๐ผ๐๐ฎ:
โข ๐๐ฎ๐ฟ๐๐ต๐๐ต๐ถ๐ป๐ฒ atau Sinaran Bumi ialah tenaga suria yang diserap dan dipancarkan semula oleh Bumi ke Bulan.
โข ๐๐น๐ฏ๐ฒ๐ฑ๐ผ ialah nisbah antara cahaya yang dipantulkan ke semua arah dengan cahaya yang jatuh ke atas sesuatu objek angkasa. Ia diukur dengan nilai skala dari 0 hingga 1. Objek yang mempunyai albedo 0 tidak memantulkan cahaya Matahari dan bersifat legap manakala objek dengan albedo 1 memantulkan semua sinaran Matahari yang sampai kepadanya.