Secara umumnya, Penghijaban atau โOccultationโ (dalam astronomi) bermaksud kejadian yang melibatkan sesuatu objek melintas di hadapan objek lain. Semasa keadaan ini berlaku, cahaya objek di belakang akan terlindung sepenuhnya tetapi dalam sesetengah keadaan, hanya sebahagian sahaja cahaya yang akan terlindung.
.
Penghijaban Zuhrah oleh Bulan (Lunar Occultation of Venus) merupakan fenomena apabila Bulan kelihatan melintas di hadapan planet Zuhrah dari pandangan Bumi, iaitu planet Zuhrah akan kelihatan terselindung di sebalik Bulan, dan kemudian akan muncul semula. Fenomena tersebut boleh disaksikan dengan menggunakan binokular atau teleskop. Walau bagaimanapun, kenampakan fenomena tersebut adalah sangat bergantung kepada keadaan langit semasa.
.
Orang ramai dijangka akan dapat menyaksikan Penghijaban Zuhrah oleh Bulan (Lunar Occultation of Venus) pada 27 Mei 2022 dari bahagian timur Afrika dan sebahagian Asia termasuk Malaysia. Ketika fenomena tersebut berlaku, Bulan berada dalam fasa bulan sabit (10.5%). Kita berpeluang menyaksikan fenomena tersebut dengan bermulanya kehilangan Zuhrah di belakang Bulan sekitar jam 10 pagi (bergantung kepada lokasi) di langit timur dan kemunculan semula Zuhrah akan kelihatan sekitar jam 12:00 tengah hari (bergantung kepada lokasi).
.
Pemerhati boleh menggunakan aplikasi astronomi seperti TheSky, SkySafari, Stellarium dan lain-lain untuk melakukan simulasi sendiri di lokasi masing-masing dan mendapatkan anggaran waktu fenomena tersebut berlaku.
.
๐ก๐ผ๐๐ฎ ๐ธ๐ฎ๐ธ๐ถ:
โข Penghijaban (Occultation) ialah lenyapnya cahaya jasad samawi kerana dilindungi oleh jasad lain yang saiznya lebih besar daripadanya, terutama semasa gerhana bulan atau planet.
.
๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ฅ ๐ฅ๐จ๐๐จ๐๐๐ก
https://www.skyatnightmagazine.com/…/occultation…/
https://in-the-sky.org/news.php?id=20220527_16_100
https://www.timeanddate.com/moon/malaysia/kuala-lumpur
.
#MYSAย #MOSTIย #ONL
#BekerjaBersamaRakyat
#KeluargaMalaysiaย #merakyatkansainsย #menginsankanteknologiย