Fenomena Gerhana Bulan Penuh pada 16 Mei 2022 (Isnin) akan berlaku 1.5 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi (perigee) iaitu pada jarak 360,297km. Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di benua Amerika Utara, benua Amerika Selatan, Greenland, Lautan Atlantik, sebahagian barat Eropah dan barat Afrika.
.
Gerhana Bulan Penuh ini merupakan central lunar eclipse, iaitu gerhana bulan yang berlaku apabila cakera Bulan melalui paksi bayang umbra Bumi yang berada di tengah-tengah bayang umbra Bumi. Central lunar eclipse merupakan gerhana penuh yang mempunyai nilai magnitud umbra yang tinggi, tempoh yang panjang dan nilai gamma yang rendah. Magnitud umbra pada kali ini ialah 1.4154 dan nilai Gamma adalah -0.2532 dengan tempoh gerhana penuh maksimum adalah selama 85.5 minit.
.
Di Malaysia, fenomena Gerhana Bulan Penuh ini berlaku mulai jam 09:32:07 dan berakhir pada jam 14:50:48 waktu tempatan. Oleh itu, fenomena tersebut tidak dapat dilihat secara keseluruhan kerana ia berlaku apabila Bulan berada di bawah ufuk.
.
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗸𝗮𝗸𝗶:
• 𝗠𝗮𝗴𝗻𝗶𝘁𝘂𝗱 𝗴𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮 𝘂𝗺𝗯𝗿𝗮 (umbral Eclipse Magnitude) ialah pecahan diameter Bulan yang dilitupi oleh bayang umbra Bumi ketika gerhana maksimum. Ia dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50). Magnitud Gerhana Umbra kurang daripada 1.0 untuk gerhana separa, kurang daripada 0.0 untuk gerhana penumbra, dan sama dengan atau lebih besar daripada 1.0 untuk gerhana penuh.
• 𝗚𝗮𝗺𝗺𝗮 ialah jarak (dalam unit jejari khatulistiwa Bumi) antara pusat cakera Bulan dari pusat bayang umbra Bumi ketika gerhana maksimum iaitu apabila Bulan melintas paling dekat dengan paksi bayang umbra Bumi.
• 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗮𝗹 𝗹𝘂𝗻𝗮𝗿 𝗲𝗰𝗹𝗶𝗽𝘀𝗲 merupakan sejenis gerhana Bulan di mana cakera Bulan melalui paksi bayang umbra Bumi. Ia lazimnya adalah fasa gerhana penuh dan mempunyai magnitud umbra yang besar, tempoh gerhana maksimum yang panjang dan nilai gamma yang rendah.
.
𝗦𝗨𝗠𝗕𝗘𝗥 𝗥𝗨𝗝𝗨𝗞𝗔𝗡: