Fenomena Gerhana Bulan Penuh pada 16 Mei 2022 (Isnin) akan berlaku 1.5 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi (perigee) iaitu pada jarak 360,297km. Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di benua Amerika Utara, benua Amerika Selatan, Greenland, Lautan Atlantik, sebahagian barat Eropah dan barat Afrika.
.
Gerhana Bulan Penuh ini merupakan central lunar eclipse, iaitu gerhana bulan yang berlaku apabila cakera Bulan melalui paksi bayang umbra Bumi yang berada di tengah-tengah bayang umbra Bumi. Central lunar eclipse merupakan gerhana penuh yang mempunyai nilai magnitud umbra yang tinggi, tempoh yang panjang dan nilai gamma yang rendah. Magnitud umbra pada kali ini ialah 1.4154 dan nilai Gamma adalah -0.2532 dengan tempoh gerhana penuh maksimum adalah selama 85.5 minit.
.
Di Malaysia, fenomena Gerhana Bulan Penuh ini berlaku mulai jam 09:32:07 dan berakhir pada jam 14:50:48 waktu tempatan. Oleh itu, fenomena tersebut tidak dapat dilihat secara keseluruhan kerana ia berlaku apabila Bulan berada di bawah ufuk.
.
๐ก๐ผ๐๐ฎ ๐ธ๐ฎ๐ธ๐ถ:
โข ๐ ๐ฎ๐ด๐ป๐ถ๐๐๐ฑ ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ต๐ฎ๐ป๐ฎ ๐๐บ๐ฏ๐ฟ๐ฎ (umbral Eclipse Magnitude) ialah pecahan diameter Bulan yang dilitupi oleh bayang umbra Bumi ketika gerhana maksimum. Ia dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50). Magnitud Gerhana Umbra kurang daripada 1.0 untuk gerhana separa, kurang daripada 0.0 untuk gerhana penumbra, dan sama dengan atau lebih besar daripada 1.0 untuk gerhana penuh.
โข ๐๐ฎ๐บ๐บ๐ฎ ialah jarak (dalam unit jejari khatulistiwa Bumi) antara pusat cakera Bulan dari pusat bayang umbra Bumi ketika gerhana maksimum iaitu apabila Bulan melintas paling dekat dengan paksi bayang umbra Bumi.
โข ๐๐ฒ๐ป๐๐ฟ๐ฎ๐น ๐น๐๐ป๐ฎ๐ฟ ๐ฒ๐ฐ๐น๐ถ๐ฝ๐๐ฒ merupakan sejenis gerhana Bulan di mana cakera Bulan melalui paksi bayang umbra Bumi. Ia lazimnya adalah fasa gerhana penuh dan mempunyai magnitud umbra yang besar, tempoh gerhana maksimum yang panjang dan nilai gamma yang rendah.
.
๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ฅ ๐ฅ๐จ๐๐จ๐๐๐ก: