🅺🅻🅴🅽🅳🆁 🆂🆃🆁🅽🅼🅸 🅼🅴🅸 2022
𝟭 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟮
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗿𝘂
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada jam 04:28.
𝗚𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗮𝘁𝗮𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗽𝗮𝗿𝗮
Gerhana Matahari Separa berlaku mulai pada jam 02:45 dan berakhir pada jam 06:37 waktu Malaysia. Fenomena tersebut tidak dapat dilihat di Malaysia tetapi boleh dilihat di kebanyakan bahagian tenggara Lautan Pasifik dan bahagian selatan Amerika Selatan. Liputan sebanyak 53% dapat dilihat dari Argentina.
𝗞𝗼𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗭𝘂𝗵𝗿𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝘂𝘀𝘆𝘁𝗮𝗿𝗶
Planet Zuhrah dan Musytari akan kelihatan berdekatan antara satu sama lain di langit dan hampir sejajar dari Bumi dengan jarak sudut 14 arka-minit pada ufuk timur.
𝟳 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟮
𝗞𝗲𝗺𝘂𝗻𝗰𝗮𝗸 𝗛𝘂𝗷𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘁𝗲𝗼𝗿 𝗘𝘁𝗮 𝗔𝗾𝘂𝗮𝗿𝗶𝗱𝘀
Hujan Meteor Eta Aquarids boleh dilihat mulai 19 April hingga 28 Mei. Kemuncak Hujan Meteor Eta Aquarids berlaku pada awal pagi 7 Mei 2022 dengan purata 50 meteor per jam. Hujan Meteor Eta Aquarids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Aquarius, tetapi kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah bagus kerana tiada gangguan Bulan semasa kemuncak berlaku.
𝟵 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟮
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Pertama pada jam 08:21.
𝟭𝟲 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟮
𝗚𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵
Gerhana Bulan Penuh berlaku mulai jam 09:32 dan berakhir pada jam 14:50 waktu Malaysia. Fenomena tersebut 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗱𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 kerana berlaku pada waktu siang. Gerhana tersebut boleh dilihat di Amerika Utara, Greenland, Lautan Atlantik dan sebahagian Eropah Barat dan Afrika.
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵 / 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗿𝗻𝗮𝗺𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada jam 12:14.
𝟭𝟴 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟮
𝗞𝗼𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗠𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗽𝘁𝘂𝗻
Planet Marikh dan Neptun akan kelihatan berdekatan antara satu sama lain di langit dan hampir sejajar dari Bumi dengan jarak sudut 34 arka-minit pada ufuk timur.
𝟮𝟯 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟮
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿 / 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada jam 02:43.
𝟮𝟳 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟮
𝗣𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗷𝗮𝗯𝗮𝗻 𝗭𝘂𝗵𝗿𝗮𝗵 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻
Penghijaban Zuhrah oleh Bulan, iaitu Bulan kelihatan melintas di hadapan Zuhrah dan melindungi Zuhrah dari pandangan kita. Penghijaban bermula dengan kehilangan kenampakan Zuhrah di belakang Bulan sekitar 10:20 pagi dan ia akan kelihatan semula sekitar 12:10 tengah hari.
𝟮𝟵 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟮
𝗞𝗼𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗠𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝘂𝘀𝘆𝘁𝗮𝗿𝗶
Planet Marikh dan Musytari akan kelihatan berdekatan antara satu sama lain di langit dan hampir sejajar dari Bumi dengan jarak sudut 39 arka-minit pada ufuk timur.
𝟯𝟬 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟮
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗿𝘂
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada jam 19:30.
.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿 𝗥𝘂𝗷𝘂𝗸𝗮𝗻:
•https://solarsystem.nasa.gov/…/quadrantids/in-depth/
• https://ssd.jpl.nasa.gov/horizons/
• Lunar Perigee and Apogee Calculator
• Mercury Chaser’s Calculator
• timeandate.com
• Sea and Sky – Astronomy Calendar of Celestial Events for Calendar Year 2022
• EarthSky’s 2022 meteor shower guide
• Perisian Stellarium
.
#MYSA #MOSTI #KalendarAstronomi2022
#BekerjaBersamaRakyat
#KeluargaMalaysia