KONJUNGSI ZUHAL, MARIKH, ZUHRAH DAN MUSYTARI PADA 23 APRIL 2022
Imej ini menunjukkan konjungsi planet Zuhal, Marikh, Zuhrah dan Musytari yang telah dicerap dari Observatori Negara Langkawi pada 23 April 2022 jam 6:11 pagi.
Konjungsi (Conjunction) merupakan fenomena nyata yang disebabkan oleh perspektif pemerhati dari Bumi iaitu dua objek cakerawala dilihat berdekatan jika dilihat dari Bumi, namun sebenarnya kedua-duanya adalah berjauhan dari satu sama lain di angkasa.