M4 adalah kelompok globul (globular cluster) yang terletak di buruj Scorpius dan merupakan kelompok globul yang paling dekat dengan Bumi pada jarak 5,500 tahun cahaya. Ia pertama kali dijumpai oleh ahli astronomi Switzerland iaitu Philippe Loys de Chéseaux pada tahun 1746 yang kemudiannya ditambah menjadi objek ke-4 dalam katalog Messier dan dikenali sebagai M4.
.
M4 dapat dicerap dengan teleskop yang berkuasa rendah kerana mempunyai magnitud ketara 5.9 dan terletak berdekatan dengan bintang gergasi merah Antares, salah satu bintang yang paling terang di langit malam. Ia terdiri daripada lebih 100,000 bintang dan dianggarkan sebanyak 40,000 daripadanya merupakan bintang kerdil putih dengan kebanyakan bintang antara yang tertua di alam semesta ini (sekitar 13 bilion tahun). Oleh itu, ahli astronomi menggunakan bintang-bintang tua ini untuk menganggarkan umur alam semesta. Antara ciri-ciri bintang kerdil putih yang semakin tua ialah bersifat lebih sejuk, malap dan sukar untuk dikesan.
.
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗸𝗮𝗸𝗶:
* Kelompok globul (globular cluster): kumpulan bintang tua yang wujud secara bersama dalam bentuk sfera.
* Katalog Messier: mengandungi sekumpulan 110 objek astronomi yang dikatalogkan oleh ahli astronomi Perancis, Charles Messier dalam bukunya yang berjudul “Catalog des Nebulae et des Star Clusters” (Katalog Nebula dan Kluster Bintang).
* Gergasi merah (red giant): bintang raksasa yang suhu permukaannya antara 2000-3000 kelvin dan diameternya 10-100 kali ganda diameter Matahari. Fasa akhir sebelum kematian sesebuah bintang.
* Magnitud ketara: kecerahan sesuatu objek di langit malam.
* Bintang Kerdil Putih (white dwarf): bintang yang intrinsiknya malap, berjejari kecil dan berketumpatan tinggi. Fasa akhir bintang kecil yang tidak berupaya menghasilkan supernova.
.
𝗦𝗨𝗠𝗕𝗘𝗥 𝗥𝗨𝗝𝗨𝗞𝗔𝗡:
https://www.nasa.gov/feature/goddard/2017/messier-4
https://earthsky.org/…/find-m4-a-globular-cluster-by…/
https://www.universetoday.com/31147/messier-4/
https://www.messier.seds.org/m/m004.html
.
#MYSA #MOSTI
#BekerjaBersamaRakyat
#KeluargaMalaysia #KitaJagaKita #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa