Sinaran krepuskular (Crepuscular rays) merupakan fenomena optik yang sering kali berlaku. Fenomena ini telah dicerap di Observatori Negara Langkawi pada 1 April 2022 jam 7:36 petang. Perkataan krepuskular diambil dari perkatan latin, crepusculum yang bermaksud waktu senja.
.
Sinaran krepuskular terbentuk apabila Matahari berada rendah di ufuk ketika sedang terbenam atau terbit dan dilindungi oleh gunung-ganang atau awan yang rendah. Cahaya Matahari akan melalui celahan gunung-ganang dan awan menyebabkan terbentuknya jaluran gelap dan cerah yang kelihatan muncul dari satu titik, iaitu Matahari. Jaluran cahaya ini kelihatan disebabkan oleh kehadiran molekul udara, titisan air dan debu yang terapung di dalam udara. Ia kelihatan muncul dari arah Matahari dan hampir selari antara satu sama lain. Hal ini terjadi disebabkan oleh ilusi optik yang sama seperti melihat dua garisan yang kelihatan menumpu di hujung jalan yang panjang.
.
Sinaran krepuskular selalunya berwarna kekuningan ataupun kemerahan kerana fenomena serakan cahaya. Semasa waktu senja atau subuh, cahaya Matahari perlu melalui lebih banyak partikel udara di dalam atmosfera untuk sampai ke mata kita berbanding ketika waktu tengah hari. Sebahagian besar cahaya yang mempunyai panjang gelombang yang pendek seperti warna biru dan hijau akan diserakkan oleh partikel di dalam udara menyebabkan hanya cahaya yang kemerahan yang sampai ke mata kita.
.
Untuk melihat fenomena ini, kita perlu melihat ke arah barat ketika Matahari terbenam atau ke arah timur ketika Matahari terbit. Kedudukan Matahari yang rendah menjadikan kawasan ufuknya sangat terang dan jaluran cahaya akan kelihatan keluar dari arah tersebut sekiranya tidak dilindungi oleh awan yang terlalu tebal.
.
๐ก๐ผ๐๐ฎ ๐๐ฎ๐ธ๐ถ:
โข ๐๐ฒ๐ป๐ผ๐บ๐ฒ๐ป๐ฎ ๐ผ๐ฝ๐๐ถ๐ธ ialah fenomena yang disebabkan oleh interaksi cahaya dari Matahari atau Bulan dengan atmosfera, awan, air, habuk dan partikel lain.
โข ๐๐ฟ๐ฒ๐ฝ๐๐๐ฐ๐๐น๐ฎ๐ฟ ๐ฟ๐ฎ๐ ialah sinaran cahaya matahari ke arah timur (ketika Matahari terbit) atau barat (ketika Matahari terbenam) yang menembusi awan-awan tebal biasanya dari jenis stratokumulus.
โข ๐๐น๐๐๐ถ ๐ผ๐ฝ๐๐ถ๐ธ ialah tanggapan pada penglihatan dan tidak sama dengan apa yang sebenarnya.
.
๐ฅ๐๐ท๐๐ธ๐ฎ๐ป:
https://www.metoffice.gov.uk/…/optical…/crepuscular-rays
https://earthsky.org/…/crepuscular-rays-sunrays-photos…/
https://www.britannica.com/science/crepuscular-ray
.
#MYSAย #MOSTIย #ONL
#BekerjaBersamaRakyat
#KeluargaMalaysiaย #merakyatkansainsย #menginsankanteknologiย