FENOMENA HUJAN METEOR LYRIDS


Orang ramai dijangka akan dapat melihat fenomena angkasa yang dikenali sebagai Hujan Meteor Lyrids mulai 18 hingga 25 April 2022. 𝗞𝗲𝗺𝘂𝗻𝗰𝗮𝗸 𝗛𝘂𝗷𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘁𝗲𝗼𝗿 𝗟𝘆𝗿𝗶𝗱𝘀 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗮𝘄𝗮𝗹 𝗽𝗮𝗴𝗶 𝟮𝟯 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗿𝗮𝘁𝗮 𝟭𝟴 𝗺𝗲𝘁𝗲𝗼𝗿 𝗽𝗲𝗿 𝗷𝗮𝗺. Walau bagaimanapun kenampakan hujan meteor tersebut dijangka kurang baik disebabkan gangguan bulan fasa suku akhir semasa kemuncak Hujan Meteor Lyrids berlaku.
.
Hujan Meteor Lyrids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Lyra Walau bagaimanapun dan kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah. Fenomena ini berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit Komet C/1861 G1 atau lebih dikenali sebagai Komet Thatcher.
.
Komet Thatcher dianggarkan mengambil masa selama 415 tahun untuk melengkapkan orbitnya. Semasa komet tersebut mengorbit menghampiri Matahari, debu-debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet tersebut. Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang.
.
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗸𝗮𝗸𝗶:


Page updated on