Tompok Matahari merupakan aktiviti di permukaan fotosfera Matahari yang berkait rapat dengan kehadiran medan magnet yang kuat. Ia wujud dalam pelbagai saiz dan bentuk. Sesetengah kumpulan Tompok Matahari mempunyai struktur medan magnet yang lebih kompleks berbanding dengan kumpulan Tompok Matahari yang lain dan ada yang berkemungkinan akan menghasilkan suar suria. Kumpulan Tompok Matahari yang lebih besar biasanya mengandungi umbra (teras gelap) yang dikelilingi oleh penumbra (kawasan cerah) dalam bentuk yang lebih kompleks.
.
Setiap hari, Tompok Matahari di permukaan Matahari akan dianalisis dan setiap kumpulan Tompok Matahari akan diberikan nombor serta klasifikasi kategorinya oleh pakar cuaca angkasa. Kawasan Tompok Matahari, terutamanya yang mempunyai susun atur medan magnet yang kompleks, lazimnya akan mencetuskan suar suria dengan membebaskan tenaga dalam pelbagai bentuk termasuklah sinaran elektromagnet yang berkemungkinan akan sampai ke atmosfera Bumi dan mengganggu komponen elektronik serta isyarat radio dan satelit.
.
Pencirian dan pengelasan Tompok Matahari adalah berdasarkan sistem McIntosh Sunpot Classification yang diperkenalkan oleh Patrick S. McIntosh pada tahun 1990. Beliau telah membuat modifikasi kepada pengelasan Tompok Matahari Zurich dengan menghubungkan pencirian di antara Tompok Matahari dan suar Matahari dengan mengambil kira ciri-ciri utama Tompok Matahari yang dibahagikan kepada tiga parameter yang lebih terperinci. Parameter yang pertama ialah kelas Zurich yang diubah suai dan ia menerangkan morfologi dan evolusi kumpulan tompok Matahari. Parameter kedua menerangkan tompok Matahari utama dalam kumpulan tersebut dengan mengikut ciri penumbranya. Manakala parameter terakhir menunjukkan kerumitan taburan tompok Matahari dalam kumpulan. Pencirian dan pengelasan ini dapat ditunjukkan dalam Rajah 1.
.
๐ก๐ผ๐๐ฎ ๐๐ฎ๐ธ๐ถ:
*๐๐ผ๐๐ผ๐๐ณ๐ฒ๐ฟ๐ฎ adalah โpermukaanโ Matahari yang dapat dilihat dengan penapis cahaya nampak.
*๐ง๐ผ๐บ๐ฝ๐ผ๐ธ ๐ ๐ฎ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ dapat dilihat di permukaan lapisan fotosfera dan ia merupakan kawasan paling sejuk di permukaan Matahari (~4000oC)
*๐ฆ๐๐ฎ๐ฟ ๐๐๐ฟ๐ถ๐ฎ adalah ledakan cahaya yang sangat cerah di Matahari dan biasanya kelihatan berhampiran dengan tompok Matahari yang besar dan tidak sekata. Ledakan cahaya disebabkan oleh ledakan gas hidrogen yang berlaku selama beberapa minit hingga sejam atau lebih sedikit.
.
ย