Bulan mempunyai permukaan yang dipenuhi dengan kawah serta debu dan serpihan dari hentaman komet, asteroid dan meteoroid. Permukaan bulan turut terbahagi kepada dua iaitu kawasan terang yang dipanggil pergunungan atau dataran tinggi; dan kawasan gelap yang dipanggil โ๐๐๐๐โ atau โ๐๐๐๐๐โ yang merupakan lembah yang dipenuhi dengan lava yang terbentuk oleh letusan gunung berapi kuno pada 4.2 hingga 1.2 billion tahun dahulu.
.
Imej Kawah Copernicus pada permukaan Bulan ini telah dirakam oleh sistem teleskop ONL pada 23 Februari 2022. Kawah Copernicus merupakan kawah bulan yang terkemuka dan terpelihara dengan baik. Walaupun Copernicus agak muda berbanding dengan kawah bulan yang lain, ia terbentuk hampir satu bilion tahun yang lalu disebabkan kesan hentaman yang sangat besar.
.
Kawah Copernicus berdiameter 93km terletak pada kedudukan 10ยฐU 20ยฐW, iaitu berdekatan dengan bahagian selatan Mare Imbrium. Ia merupakan sumber jejari sinaran yang cerah yang menghala keluar dari kawasan kawah iaitu jaluran cahaya yang berwarna terang pada permukaan bulan yang terbentuk daripada bahan yang terpancut akibat hentaman dari angkasa. Kawah Copernicus mempunyai permukaan yang kasar, pusat kawah yang menonjol, dinding kawah yang menyerupai tangga menurun ke lantai kawah yang rata dan dikelilingi oleh lapisan bahan lecitan yang kasar.
๐ก๐ผ๐๐ฎ:
Komet ialah jasad cakerawala yang beredar mengelilingi matahari dan meninggalkan kesan ekor yang bercahaya, berdasarkan 2 ukuran iaitu:
Latitud: kedudukan utara atau selatan dari bahagian khatulistiwa Bulan
Longitud: kedudukan timur atau barat dari bahagian tengah permukaan bulan
Asteroid ialah jasad kecil di langit (sebahagian daripada cakerawala), yang mengelilingi Matahari, jumlahnya puluhan ribu dan selalunya terdapat di antara orbit Marikh dan Musytari.
Meteoroid ialah jasad kecil yang bergerak dalam Sistem Suria yang akan menjadi tahi bintang sekiranya memasuki atmosfera bumi.
Lokasi di permukaan bulan ditentukan menggunakan Selenographic Coordinate System yang menggunakan unit darjah.
.
Sumber Rujukan:
https://www.britannica.com/place/Copernicus-lunar-crater
https://moon.nasa.gov/resources/66/copernicus-crater/
https://lovethenightsky.com/moon-coordinates-what-are…/
.
.
#MYSAย #MOSTIย #ONL
#BekerjaBersamaRakyat
#KeluargaMalaysiaย